Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sémbang) perbualan, percakapan: bertali-tali borak dan ~ mereka menjelang waktu petang; bersembang berbual, berborak, bercakap-cakap: kita sama-sama ~ tiap-tiap malam di tembok itu dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar meroyan ~ sj tumbuhan (ben-dalu), akar asam tebing darat, akar (daun) ketam, akar segunja, daun bajang, serundang, Anadendrum montanum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sémbang/; bersembang bercakap-cakap atau berbual-bual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembang (kata nama)
Bersinonim dengan perbualan, percakapan, borak, obrol;,
Kata Terbitan : bersembang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang tepat untuk terma 'informal coffee and chat session'? Bolehkah ia diterjemahkan sebagai 'sesi minum kopi dan sembang santai?Frasa "'informal coffee and chat session" boleh dipadankan dengan frasa bahasa Melayu sesi minum  dan sembang santai.Makna26.10.2021
Apakah maksud istilah/ungkapan SEMBANG MEJA PERKHIDMATAN? Apakah padanan ungkapan/istilah itu dalam bahasa Inggeris?Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan sama ada daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau sebaliknya. Pihak kami hanya menyediakan perkhidmatan penyemakan terjemahan yang sudah disediakan dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan20.09.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya kata yang sesuai untuk menggantikan "chat room". Terima kasihIstilah yang sesuai dengan "chat room" ialah bilik sembang atau bilik bual. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=chat+roomIstilah11.11.2015
SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH.Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa.Lain-lain22.05.2013
Hai, apakah terjemahan bagi "Shoutbox"? Ini adalah untuk penggunaan laman web mudah alih. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk shoutbox. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ruang bual atau ruang sembang.Istilah24.10.2012
Boleh saya tahu maksud 'Live Chat' yang diguna pakai ketika bertanya soalan di website dalam bahasa Malaysia? Terima kasih.Salam sejahtera,

Setakat ini tiada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Live Chat". Tetapi, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah Sembang Langsung.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.12.2018
Saya nak tahu penggunaan kata 'where' (di mana) dalam ayat berikut. Contohnya: A secures messages and calls while they’re being delivered to and from B, where this chat is stored and managed for C. A melindungi panggilan dan mesej semasa ia dihantar dan diterima daripada B, di mana sembang ini disimpan dan diuruskan untuk C. Apakah perkataan yang kita patut gunakan untuk ayat di atas? Untuk menggantikan penggunaan 'where'.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi ayat yang diberikan "'A' secures messages and calls while they’re being delivered to and from 'B', where this chat is stored and managed for 'C'" ialah Mesej dan panggilan dari A akan dihantar dan disimpan oleh B, manakala C akan menyimpan dan menguruskan mesej dan panggilan tersebut.
Makna20.01.2021
Salam Sejahtera Tuan/Puan, terdapat percanggahan pendapat bagi terjemahan berikut antara penterjemah kami dan editor berkenaan penggunaan pada/dalam. Harap pihak tuan/puan dapat bantu. Source: Bingo's click to chat feature allows you to begin a chat with someone without having their phone number saved in your phone's address book. Terjemahan 1: Ciri klik untuk bersembang Bingo membolehkan anda untuk memulakan sembang dengan seseorang tanpa menyimpan nombor telefon mereka dalam buku alamat telefon anda. Terjemahan Editor: Ciri klik untuk bersembang Bingo membolehkan anda untuk memulakan sembang dengan seseorang tanpa menyimpan nombor telefon mereka pada buku alamat telefon anda. Terima kasihPadanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan ialah:

Ciri klik untuk bersembang Bingo membolehkan anda untuk memulakan perbualan dengan seseorang tanpa perlu  menyimpan nombor telefon dalam buku alamat telefon anda.
Makna04.10.2022
Assalamualaikum, Saya ada dua soalan 1. Apakah perbezaan antara rangkai kata dengan frasa? 2. Dalam Kamus Dewan, hampir semua perkataan yang digunakan oleh masyarakat bahasa dirakam atau didokumentasikan. Jadi ada perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu yang betul atau standard dan sebaliknya. Bagaimanakah pengguna bahasa dapat mengenali atau membezakan perkataan-perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard berbanding perkataan-perkataan yang tidak sesuai digunakan berdasarkan entri dalam kamus?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Frasa bermaksud kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa.

2. Untuk mengenali atau membezakan perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard dalam Kamus Dewan, saudara boleh melihat pada label  bp (bahasa percakapan) sebagai pemakluman kepada pengguna supaya menggunakan kata berkenaan sesuai dengan konteksnya. Maknanya kata yang berlabel bp tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi, tetapi tidak salah digunakan di luar konteks rasmi, seperti di kedai kopi, di rumah atau semasa bersembang-sembang dengan rakan sebaya. Saudara juga boleh merujuk Pendahuluan Kamus Dewan Edisi Keempat,  halaman xv untuk keterangan lanjut.   

Tatabahasa09.07.2010

Kembali ke atas