Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilan belas

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sebutan untuk [tahun 1959] ialah "tahun sembilan belas, lima puluh sembilan", sementara sebutan untuk [tahun 1400] ialah "tahun seribu empat ratus". Adakah [tahun 1959] boleh disebut sebagai "tahun sembilan belas ribu lima puluh sembilan" dan [tahun 1400] disebut sebagai "tahun empat belas kosong kosong"? Sekiranya boleh/ tidak boleh, apakah hukum/ prinsip/ kaedahnya? Tenaga pengajar bahasa Melayu memberitahu pelajar China bahawa tahun 2000-2019 akan disebut dengan "tahun dua ribu, dua ribu sembilan belas" sementara bermula tahun 2020, ia akan disebut sebagai tahun dua puluh dua puluh. Adakah ini benar? Sekiranya benar, apakah prinsip/ hukum/ kaedah penggunaan ini? Sekian, terima kasih.Soalan puan telah disalurkan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa untuk tindakan selanjutnya dan pihak Bahagian Penyelidikan Bahasa akan memberikan maklu balas melalui e-mel puan dalam masa terdekat.Penyelidikan02.03.2024
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan COVID-19 dalam bahasa Melayu. Adakah COVID-19 boleh ditulis sebagai Kovid Sembilan Belas dalam penulisan esei? atau pihak tuan ada cadangan yang lebih sesuai. terima kasihSalam sejahtera, Coronavirus disease 2019 (COVID-19) telah diguna pakai secara meluas dalam penulisan atau percakapan sejak wabak ini merebak. Oleh sebab itu, dalam bahasa Melayu perkataan ini dikekalkan agar tidak mengubah maksud asal. Sekian, terima kasih.Pengembangan21.04.2020
cara yang betul untuk menulis Jadual ke 13 adakah - Jadual Ketiga belas atau Jadual Ke Tiga Belas atau Jadual Ke-TigabelasDalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh. Manakala nombor 10 ke atas hendaklah ditulis nombor. Frasa yang betul ialah Jadual ke-13. Lain-lain05.11.2020
Saya kurang pasti untuk menulis ayat berikut. Adakah saya tulis ini adalah betul seperti berikut: 1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja. 2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama empat belas (14) hari. 3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja. 4. Diluluskan cuti separuh gaji selama sepuluh (10) hari.Dalam penulisan teks, nombor satu hingga Sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Ayat yang betul ialah:
1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja.
2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama 14 hari.
3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja.
4. Diluluskan cuti separuh gaji selama 10 hari.
Nombor satu hingga Sembilan boleh dieja penuh dan di ikuti dengan nombor dalam kurungan.
Tatabahasa02.04.2014
Bagaiamana untuk menggunakan nombor / satu tempoh dalam syarat-syarat / dalam borang yang digunakan sebagai Panduan Umum sesuatu permohonan Contoh : 3.Borang Ini Perlu Diisi Lengkap Dan Dihantar Ke Jabatan Pengurusan Dan Sumber Manusia Dalam Tempoh EMPAT BELAS (14) HARI Dari Tarikh Bencana.Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan) atau kedua-duanya sekali, manakala nombor 10 dan ke atas hendaklah dieja.

Contohnya:  Borang Ini Perlu Diisi Lengkap dan Dihantar ke Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia dalam Tempoh 14 hari dari Tarikh Bencana.
Ejaan13.02.2020
Assalamualaikum. Di sini terdapat beberapa soalan yang ingin saya tanyakan mengenai salah atau betul penggunaannya. Diharap pihak DBP dapat membantu. 1. hari ini hari (ke-40) ... @ keempat puluh... 2. pada usia (sepuluh) tahun... @ 10 tahun... 3. setiap (10, 15) hari... @ sepuluh, lima belas hari... 4. dia beri Amir (RM 20)... @ dua puluh ringgit... 5. harga sekeping kuih, (40 sen)... @ empat puluh sen... 6. hari (ke-29 April)... @ hari kedua puluh sembilan April.. 7. umurnya (1200) tahun @... seribu dua ratus.. 8. 20 sungai... @ dua puluh 9. siang kelabu dalam gerimis (Enam Mei)..@ 6 Mei... 10. hari ini hari ke dua puluh tiga Jun, musim 1895 @ hari ini 23 Jun, musim 1895. Terima kasih atas perhatian dan bantuan pihak DBP.

Nombor yang kurang daripada sepuluh hendaklah dieja sepenuhnya (kecuali dalam ayat matematik atau teknik), manakala nombor 10 ke atas boleh dicetak dengan angka. Cara penulisan yang betul ialah: 1. hari ini hari ke-40; 2. pada usia 10 tahun; 3. setiap 10, 15 hari; 4. dia beri Amir RM20; 5. harga sekeping kuih, 40 sen; 6. hari ke-29 dalam bulan April/29 April; 7. umurnya 1200 tahun; 9. siang kelabu dalam gerimis 6 Mei (tarikh); 10. hari ini hari ke-23 dalam bulan Jun, tahun 1895/hari ini 23 Jun, tahun 1895.

Tatabahasa07.04.2011
bagaimana cara yang tepat mengunakan tulisan nombor dan angka dalam penulisan dokumen rasmi? contoh: terdapat sebanyak lima (5) projek perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) tahun. perlukah kurungan tersebut?

Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat, gaya penulisan nombor dalam ayat seperti yang berikut:

1.    Nombor pada permulaan ayat

Nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar. Contoh:

a)    Lima belas orang pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki telah menerima anugerah pelajar cemerlang.

b)    1957 ialah tahun kemerdekaan bagi negara ini.

2.    Nombor dalam ayat

a)    Nombor sifar hingga sembilan hendaklah dieja.

Contoh: Polis menemui lima bungkusan berisi wang yang telah ditinggalkan oleh perompak.

b)    Semua nombor dalam ayat boleh dieja atau ditulis dengan angka jika lebih daripada sembilan tetapi penulisannya hendaklah selaras. Contoh:

i.              Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan dua ratus buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

atau

ii.            Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan 200 buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat, muka surat 161-162.

Ejaan07.11.2023

Kembali ke atas