Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lu] | سمبيلو

Definisi : kulit buluh yg nipis lagi tajam (diguna-kan utk mengerat tali pusat bayi yg baru lahir dll), selumbar buluh: ia meraba ke dadanya mencari kalau-kalau benar ada ~ yg tertusuk ke situ; serasa dihiris dgn ~ a) pedih atau sakit sekali; b) (rasa hati) terlalu sedih, pedih hati; menyembilu ki tajam (perkataan); sembiluan pedih atau sakit sekali (spt dihiris dgn sembilu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lu] | سمبيلو

Definisi : kulit buluh yg diraut tajam spt pisau dan digunakan utk mengerat tali pusat dll; selumbar buluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilu

Peribahasa

Air diminum sembiluan.

Bermaksud :

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Apabila kaki kena sembilu, Dibawa berjalan tidak menelap; Apabila hati tiada bermalu, Binasa iman rosaklah adab.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bunyi kuang permatang tujuh, Gesel sembilu di tengah jalan; Dengar pesan abang jauh, Bangun merindu tengah malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak menebang tebanglah buluh, Jangan lupa mengerat sembilu; Hendak terbang terbanglah jauh, Janganlah lupa nasihat ibu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lebah bukan sebarang lebah, Lebah bersarang berisi madu; Lidah bukan sebarang lidah, Lidah orang bagai sembilu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Batang nyiur tegak menjulang, Di situ tupai memanjat selaku; Orang ditegur tidak memandang, Hatiku bagai disayat sembilu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas