Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bo.yan] | سمبوين

Definisi : 1. alamat (bunyi tetuang, kibaran bendera, dll) utk memberitahu, tanda, isyarat: setelah sampai ke pertengahan jalan, ke-dengaranlah bunyi ~ lima das alamat raja besar telah mangkat; 2. kata rahsia (sbg alamat utk mengenal kawan sendiri dll): katakanlah ~ pengenal itu dan kalian akan kuampuni; 3. kata atau rangkaian kata yg dijadikan pegangan atau ikutan, cogan kata: taat setia ialah ~ bagi pasukan Askar Melayu; ~ kita hanyalah satu, Merdeka dan tetap Merdeka; bersemboyan menggunakan (memakai) sem-boyan; bersemboyankan menggunakan sesuatu sbg semboyan; menyemboyankan 1. memberitahu (meng­isyaratkan) dgn semboyan; 2. menggunakan atau menjadikan sesuatu (rangkaian kata dll) sbg semboyan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bo.yan] | سمبوين

Definisi : 1 tanda alamat spt kibaran bendera (bunyi tetuang dll) yg di­gunakan utk memberitahukan se­suatu; isyarat: ~ udara berbunyi dgn hebatnya dan kami pun berlarian mencari lubang perlindungan. 2 perkataan atau rangkaian kata yg digunakan sbg pegangan dll; cogan kata: “Taat Setia” ialah ~ pasukan Askar Melayu Diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semboyan (kata nama)
1. Bersinonim dengan alamat: tanda, isyarat, signal, anggai, tenggara, lambang, petunjuk,

2. Bersinonim dengan cogan kata: moto, slogan,

Kata Terbitan : bersemboyan, menyemboyankan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Semboyan KeamananHasmora MasnuriMingguan Malaysia27.04.2008
Semboyan BBBShamsir H. MMingguan Watan26.11.1995
Semboyan pusat pembinaan dan pengembangan BahasaTiadaKompas09.08.1989
Semboyan Dah BerbunyiHamid KarimMetro Ahad14.03.2004
SemboyanWikunila MSBerita Minggu25.04.2004
Bergemalah Semboyan Teater Sarawak 2008ZachMananUtusan Borneo07.01.2008

Kembali ke atas