Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.men.ja/] | سمنجق

Definisi : mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; sejak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.men.ja/] | سمنجق

Definisi : bermula dr; sejak: Mereka tinggal di kampung ini ~ beberapa tahun yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semenjak (kata tugas)
Bersinonim dengan mulai dari, sejak, bermula dari, sedari, setarek.,

Puisi
 

Burung merpati terbang sekawan,
     Terbangmari ke awan biru;
Semenjak berkasih dengan tuan,
     Siang malam menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan perkataan Sejak dan Semenjak? Adakah Sejak merupakan sinkof bagi Semenjak?Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak.Tatabahasa22.12.2011
sejak dan semenjakSoalan tidak jelas. Adakah saudara maksudkan makna sejak dan semenjak? Sejak dan semenjak mempunyai makna yang sama iaitu bermula dari , mulai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna25.07.2011
Semenjak kebelakangan ini saya lihat media mula menggunakan perkataan 'ditemukan' dalam ayat mereka. Contoh : satu mayat ditemukan di.. , jika tidak sebelum ini mereka menggunakan perkataan 'ditemui'. Mohon penjelasan.Untuk makluman, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". Sehubungan dengan itu, pemilihan perkataan "ditemukan" memang tepat  berdasarkan contoh ayat yang diberikan.Tatabahasa05.09.2015
Assalamualaikum, tolong jelaskan perbezaan penggunaan sejak dan semenjak.Sejak dan semenjak membawa maksud bermula dr, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama. Terima kasih. Makna08.10.2008
Salam pihak KNDBP dan salam Merdeka saya ada 3 soalan 1) Perjuangan membebaskan tanah air bermula semenjak 1511. bolehkah 'bermula dan semenjak' digunakan pada ayat di atas kerana semenjak = bermula dari. 2) Perjuangan ini diakhiri leher terjerut dan badan terkulai di tali gantung. pada perkataan 'diakhiri' perlukah diikuti dgn perkataan 'dengan' cth; perjuangan ini diakhiri dengan 3) Kunci kepada memperoleh ilmu adalah dengan membaca. betulkah penggunaan 'kepada' dalam ayat di atas? #mohon pihak DBP untuk jadikan ketiga-tiga ayat di atas lebih gramatis, terima kasih.1. Perjuangan membebaskan tanah air bermula dari/semenjak 1511.  (salah satu)
2. Perjuangan ini diakhiri leher terjerut dan badan terkulai di tali gantung. Tidak perlu. 
3. Kunci memperoleh ilmu adalah dengan membaca. Kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran, memperoleh - kata kerja.
Tatabahasa30.08.2016
Apakah perbezaan penggunaan: 1. sejak - semenjak 2. telah - sudah 3. abstrak - mujaradBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak merujuk semenjak, yang bermaksud perkataan semenjak merupakan istilah yang lebih baku.  Perkataan telah dan sudah,  kedua-duanya sama maksud.  Perkataan abstrak dan mujarad membawa maksud yang sama. Abstrak merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, manakala mujarad daripada bahasa Arab.  Istilah15.03.2009
Apakah perbezaan di antara "Sejak" dengan "Semenjak"?Sejak dan semenjak mempunyai maksud yang sama, iaitu bermula dari, mulai dan dari. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sejak atau semenjak ialah kata sendi yang membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: Hasnah sentiasa sugul sejak/semenjak kematian ibunya.Tatabahasa24.03.2014
Ada perbezaankah antara 'sejak' dengan 'semenjak'? Saya semak dalam kamus dewan lebih kurang sama tetapi soalan objektif PMR meletakkan pilihan sejak dengan semenjak, yang manakah jawapannya?Sejak dan semenjak membawa maksud bermula dari, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama.Tatabahasa24.05.2010
mengapa semenjak hari sabtu (21 sept 2019) saya dapati capaian di kamus dbp sudah tidak seperti selalu? banyak terma yang saya cuba cari sudah tidak lagi dipaparkan. Contohnya, perkataan english - malay, "jumpsuit", "amazing" "incredible" saya seorang penterjemah bebas dan selalu bergantung kepada kamus dbp untuk memastikan kerja saya tepat. Saya harap kamus dbp dapat digunakan seperti sediakala secepat mungkin.

Masalah ini merupakan masalah  teknikal dan pihak kami telah mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut. Pihak tuan sudah boleh mengakses laman web tersebut untuk carian perkataan.

Lain-lain22.09.2019
Selamat sejahtera, Soalan 1: Apakah perbezaan dalam penggunaan antara perkataan "sejak" dengan perkataan "semenjak"? Soalan 2: "Digantung sekolah" atau "digantung persekolahan", yang mana satu betul? Terima kasih! =)

1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak dan semenjak mempunyai maksud yang sama, iaitu bermula dari, mulai, dari. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sejak atau semenjak ialah kata sendi yang membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: Hasnah sentiasa sugul sejak kematian ibunya atau Hasnah sentiasa sugul semenjak kematian ibunya.

2. Digantung sekolah

Tatabahasa16.07.2011
123456

Kembali ke atas