Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.men.ja/] | سمنجق

Definisi : mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; sejak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.men.ja/] | سمنجق

Definisi : bermula dr; sejak: Mereka tinggal di kampung ini ~ beberapa tahun yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semenjak (kata tugas)
Bersinonim dengan mulai dari, sejak, bermula dari, sedari, setarek.,

Puisi
 

Burung merpati terbang sekawan,
     Terbangmari ke awan biru;
Semenjak berkasih dengan tuan,
     Siang malam menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
age of dataumur dataTeknologi MaklumatTiadaTempoh masa semenjak data dikeluarkan.
golden meankadar unggulKesenianTiadaKaedah kadar banding yang berformula untuk menggubah sesebuah citra semenjak beberapa abad dahulu.
differential backupsandaran bezaTeknologi MaklumatTiadaTatacara sandaran yang hanya menyalin fail yang berubah semenjak sandaran penuh terakhir.
incremental backupsandaran tokokanTeknologi MaklumatTiadaTatacara sandaran yang hanya menyalin fail yang berubah semenjak sandaran penuh terakhir atau sandaran tokokan terakhir.
conventional tillagepemugaran konvensionalPertanianAgroteknologiKaedah penyediaan tanah sebelum proses menanam yang telah lama diamalkan semenjak jentera pemugaran dicipta. Kaedah ini melibatkan tiga jenis peralatan, iaitu bajak sepak dan baja piring; bajak sikat dan bajak putar. Langkah pertama ialah pembajakan tanah untuk menghapuskan tumbuhan yang sedia ada di kawasan tersebut. Tanah dibajak dan diterbalikkan supaya semua tumbuhan akan terbenam ke bahagian bawah. Jenis bajak yang boleh digunakan dalam langkah ini penggunaan bajak sepak dan bajak piring. Langkah kedua ialah menggunakan bajak sikat yang berfungsi memecah ketulan tanah supaya butiran tanah menjadi kecil. Langkah ini diulang beberapa kali sehingga butiran tanah dikecilkan ke tahap yang diingini. Akhirnya, tanah boleh digemburkan dengan menggunakan bajak putar supaya butiran tanah menjadi halus.
golden sectionkadar unggulKesenianTiadaKadar unggul: Kaedah kadar banding yang berfomula untuk menggubah sesebuah citra semenjak beberapa abad dahulu.
section d'orsection d'orKesenianTiadaKaedah kadar banding yang berformula untuk menggubah sesebuah utra semenjak beberapa abad dahulu.
archaeomagnetismarkeomagnetismeArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses pentarikhan artifak daripada unsur tanah liat yang tidak pernah dipindahkan semenjak pembakarannya yang terakhir. Proses ini melibatkan oksidasi magnetik pada zat besi yang terkandung di dalamnya semasa artifak dipanaskan pada tahap suhu tertentu sehingga menyebabkan elemen magnetisme hilang. Apabila pendinginan berlaku, maka proses oksidasi akan berulang kembali. Asas pengiraan pentarikhan melalui kaedah ini mengambil kira tiga unsur medan magnet iaitu deklinasi, arah medan magnet dan keamatannya terhadap sisa magnetisme yang tinggal.
connate waterair sekapKejuruteraanPetroleumSinonim: air antara butiran. Air yang tersedia wujud dalam pori batuan atau di celah-celah butiran batuan semenjak terjadinya batuan itu.
crop improvementpembaikan tanamanPertanianAgronomi

 Usaha ke arah meningkatkan daya produktiviti dan kualiti hasil sesuatu tanaman dengan kaedah pembiakbakaan. Secara tidak langsung, pembaikan tanaman telah dilaksanakan semenjak manusia mula bercucuk tanam. Petani telah memilih benih daripada pokok yang menghasilkan banyak buah dan mengeluarkan buah yang disukainya, dan apabila amalan ini berulang untuk beberapa generasi, daya hasil dan kualiti tanaman itu akan meningkat. Baka yang berhasil dan berkualiti tinggi akan diwujudkan. Dengan pengetahuan ilmu genetik dan pembiakbakaan yang dipelopori oleh Gregor Mendel (1822-1884), pembaikan tanaman dilakukan dengan sistematik dan meliputi kacukan dan pemilihan baka. Satu contoh kejayaan pembaikan tanaman ialah penghasilan varieti padi berhasil tinggi melalui program pembiakbakaan yang intensif oleh Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) daripada tahun 1960. Hasil padi dapat ditingkatkan daripada 1-3 ton kepada 5-7 ton sehektar dengan memilih jenis padi katek dan mempunyai nisbah buah ke daun yang tinggi. Dengan penemuan kaedah moden seperti kejuruteraan genetik, pembaikan tanaman dapat dipercepatkan lagi.

12

Kembali ke atas