Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa yang membezakan penggunaan perkataan sementara dan sementara itu?Perkataan sementara digunakan dalam konteks makna yang yang dibawanya, rujuk sementara">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sementara+ untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut. Frasa sementara itu bermaksud pada ketika itu atau dalam pada itu. Maka penggunaan frasa tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks makna yang dibawa.Tatabahasa01.10.2012
salam 1 malaysia, soalan 1. adakah ayat di bawah sesuai untuk ayat dibawah? 2. Adakah penggunaan 'di' perlu dijarakkan atau dekat? Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih dari 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas diantara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) diantara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) diantara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) diantara 1 – 5 tahun. terima kasih1. Ejaan "di" untuk kata sendi nama dijarakkan seperti di Kuala Lumpur dan di atas, manakala "di" sebagai imbuhan perlu dirapatkan seperti dibuat dan disepak. 
2. Sementara itu, dari segi lama bertugas sebagai guru terlatih, seramai 137 orang (17.2%) telah bertugas lebih daripada 20 tahun sebagai guru terlatih. Manakala seramai 143 orang (18.2%) telah bertugas antara 16 - 20 tahun, 137 orang (17.4%) antara 11 - 15 tahun, 177 orang (22.5%) antara 6 - 10 tahun, dan 191 orang (24.4%) antara 1 – 5 tahun.
Ejaan02.03.2015
Yang mana satu? a. Program Pertukaran Pelajar atau Program Pertukaran Murid b. setelah merujuk kamus dewan bahasa, 'murid' merujuk murid-murid di sekolah rendah dan menengah sementara itu 'pelajar' pula merujuk yang berada di institusi pengajian tinggi. Pohon penjelasan, terima kasih.,Murid dan pelajar hamper sama maksudnya, iaitu orang yang belajar. Ungkapan "Program Pertukaran Pelajar" telah mantap penggunaannya dan lazimnya program ini membabitkan pelajar daripada peringkat menengah dan ke atas.Tatabahasa04.05.2014
Perkataan “di samping itu” tidak digalakkan untuk digunakan di dalam Laporan Tahunan kerana “di” adalah kata sendi dan “samping” kata nama sisi. Boleh digantikan dengan “serta”/ “selain itu” / “sementara itu” mengikut konteks ayat. Benarkah penerangan di atas? Namun merujuk kepada Laporan Tahunan BNM dan SC, perkataan 'di samping itu' masih lagi digunapakai.Untuk makluman, DBP tidak mempunyai peraturan yang menyatakan bahawa "di samping itu" tidak digalakkan digunakan dalam Laporan Tahunan.  'Di samping itu' ialah penghubung wacana (penghubung tambahan) yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 526.Tatabahasa09.10.2013
Slm saya nak tahu connectivsm theory dalam bahasa melayuTiada padanan Connectivsm Theory dalam pangkalan data DBP. Soalan anda akan dipanjangkan kepada Bahagian Peristilahan untuk padanan istilah tersebut dalam bahasa Melayu.  Sementara itu, anda boleh menulis dengan cara condong (italik) untuk penulisan dalam bahasa Melayu, iaitu Teori  Connectivsm.Istilah07.05.2018
Salam, saya nak tahu connectivsm theory dalam bahasa Melayu, terima kasihTiada padanan Connectivsm Theory dalam pangkalan data DBP. Soalan anda akan dipanjangkan kepada Bahagian Peristilahan untuk padanan istilah tersebut dalam bahasa Melayu.  Sementara itu, anda boleh menulis dengan cara condong (italik) untuk penulisan dalam bahasa Melayu, iaitu Teori  Connectivsm.Istilah07.05.2018
1. Secawan kopi saya pesan sementara secawan teh dipesan oleh kakak. Adakah penggunaan 'sementara' di atas betul ? 2. Kita perlu menjalani tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sempurna. Adakah perkataan 'menjalani' di atas betul ?1. Penggunaan sementara dan ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis, saya memesan secawan kopi sementara itu kakak memesan secawan teh.
2. Perkataan menjalani bermaksud mengalami tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang betul ialah menjalankan.
Tatabahasa25.09.2012
Assalamu'alaikum. Saya ingin meminta kerjasama untuk mengalih bahasa seperti di bawah: 1. Meanwhile all our rights are reserved 2. Covering Senior General Manager (beliau memangku dan membuat dua tugas serentak di samping tugas hakiki beliau)Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut: 

1. Sementara itu, semua hak cipta adalah terpelihara

2. Memangku Pengurus Besar Kanan
Lain-lain10.07.2020
Tuan/Puan, Saya amat terkeliru kerana dikatakan yang istilah "insolvensi" tidak boleh digunakan sebagai terjemahan untuk "insolvency", meskipun istilah "insolvensi" digunakan bukan sahaja oleh Jabatan Insolvensi, malah oleh Jabatan Peguam Negara dan Parlimen sendiri - sila rujuk kepada Akta Syarikat 2016 (Akta 777) yang menggunakan istilah "insolvensi" sebanyak 21 kali! Saya berharap pihak-pihak yang berkaitan dapat mengkoordinasi usaha peristilahan dengan DBP supaya konsisten. Sementara itu, saya juga berharap yang pihak DBP dapat menerima istilah yang digunakan dalam undang-undang negara, kerana ia melibatkan peruntukan penting seperti jenayah. Berkenaan dengan hal ini, saya berharap pihak DBP dapat mempertimbangkan semula istilah "insolvensi", dan juga istilah "menyerahhakkan" (yang merupakan terjemahan "assign"/"assigns" dalam Akta Syarikat), terutamanya bagi konteks yang berkaitan dengan peruntukan Akta. Terima kasih dan mohon maaf sekiranya tersinggung.Salam sejahtera,

Tuan,

Terima kasih atas cadangan tuan. Cadangan tuan ini akan dipanjangkan ke bahagian berkenaan.

Sekian, terima kasih.



Lain-lain31.10.2019
Dalam Carian Kata DBP: Demokratik membawa maksud menjunjung/menyokong demokrasi (Kamus Bahasa Melayu). Seterusnya dalam Carian Kata: 'democratic leadership' diertikan sebagai kepimpinan demokratik, manakala 'democratic family' diterjemahkan sebagai keluarga demokratik. Berdasarkan maklumat di atas (diperoleh dari capaian DBP), kami mahu mendapatkan penjelasan sekali lagi mengenai istilah: i. democratic citizens = warganegara demokratik ii. democratic citizenship = kewarganegaraan demokratik (bermaksud kewarganegaraan yang menyokong prinsip-prinsip demokrasi) Sementara itu, kewarganegaraan demokrasi seperti yang dicadangkan oleh pihak tuan sebelum ini dirasakan kurang sesuai. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Terima kasih.Penggunaan demokratik dan demokrasi boleh digunakan mengikut konsep dan maksud yang hendak disampaikan.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2016
12345678910

Kembali ke atas