Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
isometric projectionunjuran isometrikKejuruteraanKejuruteraan MekanikLukisan kejuruteraan yang menunjukkan gambaran objek menurut tiga satah, iaitu satah x-y, x-z, dan y-z yang serenjang antara satu sama lain. Sementara itu paksi x dan y condong 30° terhadap garis ufuk. Lukisan ini banyak digunakan dalam proses reka bentuk produk.
graphitegrafitFizikNanoteknologiAlotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron.
Oppenheimer-Phillips reactiontindak balas Oppenheimer-PhillipsFizikAtom dan NuklearSejenis tindak balas pelucutan yang boleh berlaku apabila satu deutron mendekati suatu nukleus. Proton daripada deutron ini ditolak oleh daya Coulomb nukleus berkenaan, sementara itu neutron daripada deutron ditarik oleh daya nuklear. Hasilnya berlaku pemecahan ikatan neutron–proton dalam deutron dengan penyerapan neutron oleh nukleus, manakala proton ditolak. Sinonim proses Oppenheimer-Phillips.
two-stroke cyclekitar dua lejangKejuruteraanKejuruteraan MekanikKitar enjin pembakaran dalam yang memerlukan dua lejang omboh untuk melengkapkan satu kitar penuh bagi satu putaran aci. Lejang yang pertama melibatkan proses penghasilan kuasa daripada pembakaran bahan api dan kemasukan cas daripada bekas engkol serta penyingkiran gas ekzos. Sementara itu, lejang yang kedua menyebabkan pemampatan cas dan pembakaran bahan api untuk lejang seterusnya. Kitar dua lejang ini berbeza daripada kitar empat lejang kerana setiap satu putaran aci memberikan kuasa.
list systemsistem listSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk sistem pilihan raya mengikut nisbah. Dalam sistem ini, pengundi diberikan senarai calon yang bertanding dan diminta memilih beberapa bilangan calon yang ditetapkan, seperti tiga atau lima sahaja. Sementara itu, satu jumlah purata yang munasabah telah ditetapkan oleh suruhanjaya pilihan raya seperti 20 000 undi dan calon yang mengatasi bilangan ini dianggap menang, manakala yang gagal mendapat bilangan itu terkeluar daripada persaingan. Walaupun begitu, calon yang mendapat jumlah besar yang mengatasi jumlah purata itu boleh memindahkan lebihan atau baki undi yang diperoleh kepada calon lain dari parti yang sama dan menjadikan sebaran undi ini menurut nisbah. Sistem ini berbeza dengan sistem majoriti mudah apabila lebihan undi majoriti terbuang.
odd-even rule of nuclear stabilitypetua kestabilan nukleus ganjil-genapFizikAtom dan NuklearPetua yang menentukan kestabilan suatu nukleus berasaskan bilangan proton dan neutron dalam nukleus tersebut. Nukleus yang mempunyai bilangan kedua-dua proton dan neutron genap adalah paling stabil. Nukleus yang mempunyai bilangan proton ganjil dan neutron genap, atau sebaliknya adalah kurang stabil. Sementara itu, nukleus yang mempunyai kedua-dua bilangan proton dan neutron ganjil adalah paling tidak stabil. Sinonim kesan ganjil-genap.
Bay of Pigs InvasionSerangan Bay of PigsSains PolitikHubungan AntarabangsaCubaan untuk menggulingkan kerajaan Cuba pimpinan Fidel Castro oleh pemimpin buangan yang ditaja oleh Amerika Syarikat. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1961 ekoran ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan rejim Castro. Ketegangan hubungan kedua-dua negara memaksa Presiden Dwight D. Eisenhower memutuskan hubungan diplomatik dengan Cuba pada bulan Januari 1961. Sementara itu, ejen Perisikan Pusat Amerika (CIA ) telah melatih pejuang antirevolusi Cuba yang berada dalam buangan untuk melancarkan penaklukan terhadap Cuba. Rancangan penaklukan ini telah disokong oleh Presiden John F. Kennedy yang menggantikan Eisenhower pada 17 April 1961. Lebih kurang 1300 pejuang dalam buangan yang dilengkapkan dengan senjata Amerika Syarikat mendarat di Bay of Pigs di Selatan Cuba. Penaklukan ini gagal mendapat sokongan rakyat tempatan dan berjaya dipatahkan oleh tentera Castro pada 19 April 1961.
leadershipkepimpinanPentadbiranPentadbiran Awam

Sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu. Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan kerangka dasar organisasi. Dalam organisasi terdapat tiga tingkat kepimpinan iaitu, kepimpinan pengurusan tingkat tertinggi, tingkat menengah dan tingkat bawahan. Kepimpinan tingkat tertinggi dikenali sebagai kumpulan pengurusan dan profesional manakala kepimpinan peringkat menengah pula dikenali sebagai kumpulan sokongan. Sementara itu kumpulan tingkat rendah pula terlibat dalam pengurusan penyeliaan.

angle of ruinssudut kejatuhanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAsas penting dalam menentukan kedudukan dan keadaan sesuatu artifak semasa ditemui, sama ada dalam keadaan semula jadi atau melalui suatu proses tindakan manusia atau alam. Pemerhatian terhadap sudut kejatuhan ini amat penting apabila melibatkan artifak yang pecah. Contohnya, penemuan pecahan tembikar tanah di candi Lembah Bujang dipercayai berkaitan dengan upacara keagamaan kerana sudut kejatuhannya dijumpai secara menegak dan mendatar serta berdekatan dalam satu himpunan. Sementara itu, pecahan tembikar tanah yang sebahagiannya lengkap diandaikan terjadi akibat kesan tekanan tanah di tempat tembikar tersebut berada dalam tempoh masa yang panjang.
constitutional democracydemokrasi berperlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan dalam perlembagaan. Secara umumnya, proses pemerintahan dalam sistem ini dibahagikan kepada tiga institusi yang utama iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan. Setiap satu institusi mempunyai bidang tugas dan skop pentadbiran yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Dalam menjalankan fungsi masmg-masing, ketiga-tiga institusi ini mesti berpandukan kepada peraturan dan bidang kuasa yang telah termaktub dalam perlembagaan tersebut. Sebarang tugas atau pentadbiran yang bertentangan dengan perlembagaan dilihat sebagai menyalahi peraturan. Sementara itu, penyertaan, kebebasan dan persaingan politik juga perlu berpandukan kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan negara tersebut. Contoh negara demokrasi berperlembagaan ialah Malaysia, New Zealand, Australia dan Denmark.
1234567

Kembali ke atas