Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.men.te.lah] | سمنتله

Definisi : = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.men.te.lah] | سمنتله

Definisi : , = sementelahan lebih-lebih lagi; tambahan pula: Ibu tidak ke pasar hari ini kerana sakit kepala, ~ pula hari hujan lebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sementelah
Kata Terbitan : sementelahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. ‘Pemuda-pemudi’ ada perkataan ini tak/ apa perbezaannya dengan ‘pemuda dan pemudi’ 2. Apabila membina ayat seperti perkataan dasar ( baca ) , ayatnya : Buku itu telah saya baca seminggu yang lalu. : Buku itu akan saya baca apabila saya mempunyai masa lapang. ~~penggunaan kata seperti ‘telah’, ‘akan’ perlu letak di hadapan kata ganti nama diri 1 atau bgmn 3. Perbezaan antara wakru dan masa ialah apa dan bgmn dgn penggunaannya 4. Apakah perbezaan sementelah dan sementelahan1. Dalam bentuk kata ganda, ejaan yang betul ialah pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi, namun kedua-dua perkataan ini tidak perlu digandakan kerana ia boleh merujuk kepada tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam bentuk frasa yang betul ialah pemuda dan pemudi. 
2. Betul, kata telah dan akan perlu hadir sebelum kata ganti nama diri yang pertama.  
3. Dalam Kamus Dewan waktu sama dengan masa. 
4. Sementelah sama maksud dengan sementelahan, iaitu  lebih-lebih lagi atau tambahan pula.
Tatabahasa30.10.2012
Saya telah menemukan kata 'penemusuaan' apabila melakukan pencarian di Internet. Selepas merujuk PRPM dan Kamus Dewan, saya tidak menjumpa kata tersebut. Apakah makna kata tersebut dan apakah kata dasarnya?Makna atau maksud kata bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Berikan contoh ayat yang menggunaan kata yang ditanya sementelah perkataan yang ditanya ditemui dalam Internet.Makna23.10.2018
1. AMAT baik sekali / SANGAT baik sekali / SUNGGUH baik sekali......Bolehkah saya menggunakan kata-kata penguat ini bersama-sama dengan SEKALI?? 2. bagaimanakah untuk menggunakan "sementelahan" ?bolehkah saya menggunakannya seperti ini :Sementelahan itu (yang bermaksud 'selain itu' ) Terima kasih... :p

1. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan ketiga-tiganya boleh digunakan dengan perkataan "sekali".

2. "Sementelahan" atau "sementelah" bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. Contoh ayat: Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.

Tatabahasa17.07.2009
Zainab Abdullah Assalam admin ... mohon bantuan dan pengesahan pihak DBP berkenaan penggunaan singkatan 'pdp' seperti surat yg dilampirkan yang saya terima pagi ini melalui kumpulan whatsapp. Banyak kekeliruan timbul dalam kalangan guru yg mendpt penerangan berkaitan singkatan tersebut. Ada yg memaklumkan mereka mendpt penjelasan singkatan sebenar yg diterima pakai oleh pihak DBP ialah 'P&P. Terima kasih. SILA RUJUK SURAT YANG DIKELUARKAN OLEH DBP, no rujukan fail - DBP/323/600-2/3/17 K.4 (67) bertarikh 22 September 2016.Penjelasan kami adalah seperti isi kandungan surat berkenaan. Apabila ada keperluan menggunakan singkatan antara prinsip pembentukan singkatan termasuklah pemilihan huruf awal perkataan. Contohnya, huruf P, d dan P ialah huruf pertama bagi setiap perkataan dalam frasa “Pengajaran dan Pembelajaran”. Berasaskan prinsip inilah singkatan yang betul ialah “PdP”, sementelah singkatan ini telah mantap penggunaannya. Adapun bentuk yang lain, seperti “P&P” ialah bentuk yang tidak menepati rumus pembentukan singkatan kerana dalam teks bahasa Melayu, simbol tidak digunakan dalam frasa ataupun ayat.Ejaan27.09.2016
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i".1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 
2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi.  
3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 
4. Sementelah dan sementelahan.
5. Justeru.
6. ... kita akan dapat ...  
7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 
8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 
9. Kita haruslah dan kita seharusnya 
10. Keistimewaan alam semula jadi 
11. Mempertingkatkan 
12. Memperbaik
13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177.
Tatabahasa29.10.2012

Kembali ke atas