Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mes.ta] | سمستا

Definisi : sl seluruh, segenap, sekaliannya; ~ alam = alam ~ seluruh alam; kesemestaan keadaan semesta: yg termuat di dalamnya bentuk-bentuk intelektual dlm darjah ~ yg lebih kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mes.ta] | سمستا

Definisi : seluruhnya; segenap; seka­lian­nya: ~ alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semesta (kata tugas)
Bersinonim dengan sarwa, segala, sekalian, seluruh, semua, para, segenap, serbi, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAM SEMESTA

Alam semesta mengandungi semua jirim,

cahaya, dan bentuk radiasi dan tenaga yang lain. Ia

mengandungi segala-gala yang wujud di mana-mana

ruang dan waktu.

UMUM 
ODIN

Odin ialah ketua dewa dalam mitologi Norse. Dia

juga dinamakan Wotan. Odin menjadi pemerintah

alam semesta selepas dia dan kedua-dua abangnya,

Ve dan Vili, membunuh gergasi ais Ymir, makhluk

bernyawa yang pertama. Dari badan Ymir yang besar

itu, mereka mencipta Midgard, iaitu bumi; dan mula

membina Asgard, tempat tinggal dewa-dewa.

UMUM 
EDDINGTON, SIR ATHUR STANLEYEddington, Sir Athur Stanley (1882–1944), ahli astronomi Inggeris, sejak awal telah berminat terhadap struktur alam semesta dan juga pergerakan dan susunan dalaman bintang-bintang.UMUM 
SINARAN

Sinaran ialah tenaga yang dibebaskan dalam

bentuk gelombang atau zarah jirim yang kecil.

Sinaran terdapat di seluruh alam semesta dan

wujud dalam banyak bentuk. Kebanyakan orang

pernah mendengar tentang sinar-x, sinar gama

dan sinaran daripada reaktor nuklear. Jenis

sinaran ini sering dianggap sebagai bahaya

terhadap kesihatan, walaupun sinar-x dan sinar

gama juga mempunyai kegunaan yang bernilai

dalam perubatan. Tetapi, terdapat banyak bentuk

sinaran yang lain.

UMUM 
EKSOBIOLOGI

Eksobiologi ialah cabang biologi yang

mengkhusus dalam pencarian dan kajian tentang

kehidupan di tempat lain di alam semesta.

UMUM 
NUMEROLOGI

Numerologi ialah amalan menggunakan

nombor untuk menganalisis keperibadian dan

meramal masa hadapan. Ia berasaskan

kepercayaan bahawa alam semesta dikawal oleh

hukum-hakam angka dan bahawa setiap nombor

mempunyai kuasa dan kualiti khas. Kebanyakan

ahli sains percaya bahawa numerologi tidak

berasaskan sains, tetapi ramai orang di seluruh

dunia mengamalkannya.

UMUM 
ASTRONOMI

Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah

ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda-

benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli-

ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan

dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas.

Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada

kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka

cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti

“Apakah rencaman bintang-bintang? dan

Bagaimanakah bintang mendapat cahaya”. Oleh

sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga

dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang

mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku

di angkasa lepas.

UMUM 
KOSMOLOGI

Kosmologi, dalam bidang astronomi dan

astrofizik, ialah kajian tentang struktur, dinamik,

dan perkembangan alam semesta.

UMUM 
TEORI BESAR DISATUKAN

Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai

GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk

menyatukan tiga daripada empat daya asas yang

dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga

daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada

yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah,

(2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat.

Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap

pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom.

Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat

elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat

mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu

daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s.

Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus

adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak

berupaya mengesannya.

UMUM 
KIAMAT

Kiamat ialah apabila seluruh alam semesta musnah.

AGAMAKonsep
123

Kembali ke atas