Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mes.ta] | سمستا

Definisi : sl seluruh, segenap, sekaliannya; ~ alam = alam ~ seluruh alam; kesemestaan keadaan semesta: yg termuat di dalamnya bentuk-bentuk intelektual dlm darjah ~ yg lebih kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mes.ta] | سمستا

Definisi : seluruhnya; segenap; seka­lian­nya: ~ alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semesta (kata tugas)
Bersinonim dengan sarwa, segala, sekalian, seluruh, semua, para, segenap, serbi, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
universealam semesta statik; semesta/sejagat;MatematikTiadaAlam semesta dianggap oleh penentang teori alam semesta mengembang sebagai alam semesta tertutup berisi padu terhingga.
universealam semesta statik; semesta/sejagatGeografiTiadaTiada
universealam semesta statik; semesta/sejagatEkonomiTiadaTiada
infinity of the universeketakterhinggaan alam semesta/infiniti alam semestaMatematikTiadaAlam semesta ini dipercayai tidak berkesudahan kerana terdapat teleskop yang lebih besar melihat lebih jauh lagi dan dapat menyingkap lebih banyak galaksi di kawasan yang lebih jauh.
pantheismpanteismeKesusasteraanTiadaDoktrin dan kepercayaan yang menyatakan bahawa Tuhan merupakan keseluruhan alam semesta, atau setiap unsur alam semesta merupakan sebahagian daripada Tuhan. Panteisme merujuk kepada sebarang konsep falsafah agama yang mengidentifikasikan Tuhan dengan alam semesta. Goethe, Wordsworth dan Emerson menghasilkan beberapa puisi yang bersifat panteistik.
pantheismpanteismeKesusasteraanTiadaDoktrin dan kepercayaan yang menyatakan bahawa Tuhan merupakan keseluruhan alam semesta, atau setiap unsur alam semesta merupakan sebahagian daripada Tuhan. Panteisme merujuk kepada sebarang konsep falsafah agama yang mengidentifikasikan Tuhan dengan alam semesta. Goethe, Wordsworth dan Emerson menghasilkan beberapa puisi yang bersifat panteistik.
universal setset semestaMatematikTiadaSimbol E atau Ω. Set yang mengandungi semua unsur yang bahan segala perbincangan dalam sesuatu kajian. Contoh: Bagi pelajar di peringkat tadika, set semesta untuk aritmetik biasanya ialah set nombor bulat; bagi pelajar sekolah rendah, set semesta semasa mempelajari pecahan ialah set semua nombor nisbah yang tak negatif; bagi pelajar sekolah menengah semasa mempelajari pecahan ialah set semua nombor nisbah.
Einstein universealam semesta EinsteinFizikMekanikSuatu model alam semesta yang terdiri daripada permukaan silinder 4 dimensi dalam ruang 5 dimensi.
oscillating universe (pulsating universe)alam semesta berulangMatematikTiadaAlam semesta tertutup yang kerobohannya diikuti dengan pengembangan semula.
inflationary universealam semesta menggelembungMatematikTiadaFasa yang berkemungkinan berlaku semasa alam semesta ini amat muda apabila saiznya bertambah berjuta kali ganda, malah mungkin1050 kali ganda dalam tempoh yang amat pendek.
12345678910...

Kembali ke atas