Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.mi.kon.duk.tor] | سيميکوندوکتور

Definisi : (sémikonduktor) (Fiz) bahan (mis silikon dan germanium) yg kadar aliran elektriknya bertambah dgn bertambahnya suhu (nilai kadar ini terletak antara kadar aliran logam dan penebat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.mi.kon.duk.tor] | سيميکوندوکتور

Definisi : /sémikonduktor/ ist bahan yg keupayaan aliran elektriknya adalah antara keupayaan aliran elektrik logam dgn keupayaan aliran elektrik penebat, biasanya digunakan dlm membuat peranti elektronik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semikonduktor


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pendopandopingProses menambahkan sedikit atom benda asing tertentu ke dalam semikonduktor tulen untuk menambahkan kekonduksian elektriknya.Menengah Atas
transistortransistorPeranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak.Menengah Atas
simpang p-np-n junctionPembahagian antara bahan jenis-p dan jenis-n dalam peranti semikonduktor. Lihat RajahMenengah Atas
metaloidmetalloidUnsur kimia yang mempunyai sifat perantara, antara logam dengan bukan logam. Contohnya, boron, silikon, germanium, arsenik, dan telurium yang bersifat semikonduktor elektrik, dan oksida yang bersifat amfoterik.Menengah Atas

Kembali ke atas