Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.mi.kon.duk.tor] | سيميکوندوکتور

Definisi : (sémikonduktor) (Fiz) bahan (mis silikon dan germanium) yg kadar aliran elektriknya bertambah dgn bertambahnya suhu (nilai kadar ini terletak antara kadar aliran logam dan penebat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.mi.kon.duk.tor] | سيميکوندوکتور

Definisi : /sémikonduktor/ ist bahan yg keupayaan aliran elektriknya adalah antara keupayaan aliran elektrik logam dgn keupayaan aliran elektrik penebat, biasanya digunakan dlm membuat peranti elektronik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semikonduktor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMIKONDUKTOR

Semikonduktor ialah bahan yang mengalirkan

elektrik lebih baik daripada penebat seperti kaca,

akan tetapi tidak sebaik konduktor elektrik seperti

tembaga. Bahan seumpama itu menghasilkan

komputer yang moden dan peranti elektronik lain

yang penting. Transistor yang digunakan dalam

radio saku yang kecil ialah peranti semikonduktor.

Begitu juga sel suria yang membekalkan kuasa

elektrik pada satelit tiruan. Silikon ialah bahan

semikonduktor yang paling meluas digunakan.

Bahan semikonduktor lain termasuk kuprus oksida,

germanium, galium arsenida, galium fosfida, indium

arsenida, plumbum sulfida, selenium, dan silikon

karbida.

UMUM 
CANTUMAN P-N

Cantuman  p-n, kawasan pertemuan dua jenis semikonduktor, iaitu jenis n dan jenis p. Kebanyakan peralatan semikonduktor menggunakan cantuman di antara semikonduktor jenis n, iaitu penderma dan semikonduktor jenis p, yang bertindak sebagai penerima.

FIZIKAlat/Alatan
BAHAN ELEKTRIKSemua bahan elektrik boleh dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada kebolehannya mengalirkan arus elektrik iaitu konduktor, semikonduktor, dan penebat.FIZIKKonsep
MOTT, SIR NEVILL

Mott, Sir Nevill (1905– 1996), ahli fizik British

yang pakar dalam penjelasan fizik mengenai sifat

pepejal. Dia berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang

fizik pada tahun 1977. Kajian awalnya adalah

berkenaan logam dan semikonduktor yang

digunakan untuk membuat transistor. Dia juga

membuat kajian mengenai mekanisme yang

menyebabkan imej pendam (imej yang tidak

berkembang sepenuhnya) terbentuk pada filem

fotografi. Mott lahir di Liverpool dan mendapat

pendidikan di Bristol dan Cambridge. Dia

mendapat anugerah kesateria pada tahun 1962.

UMUM 

Kembali ke atas