Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.mi.kon.duk.tor] | سيميکوندوکتور

Definisi : (sémikonduktor) (Fiz) bahan (mis silikon dan germanium) yg kadar aliran elektriknya bertambah dgn bertambahnya suhu (nilai kadar ini terletak antara kadar aliran logam dan penebat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.mi.kon.duk.tor] | سيميکوندوکتور

Definisi : /sémikonduktor/ ist bahan yg keupayaan aliran elektriknya adalah antara keupayaan aliran elektrik logam dgn keupayaan aliran elektrik penebat, biasanya digunakan dlm membuat peranti elektronik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semikonduktor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
p-type semiconductorsemikonduktor jenis-pFizikNanoteknologiSemikonduktor ekstrinsik yang ketumpatan lohongnya melebihi ketumpatan elektron konduksi. Semikonduktor jenis-p diperoleh dengan melakukan proses pendopan, iaitu dengan menambah atom penerima yang dapat menyumbangkan lohong kepada bahan semikonduktor. Banding semikonduktor jenis-n.
n-type semiconductorsemikonduktor jenis-nFizikNanoteknologiSemikonduktor ekstrinsik yang ketumpatan elektron konduksinya melebihi ketumpatan lohong. Semikonduktor jenis-n diperoleh dengan melakukan proses pendopan, iaitu dengan menambah atom penderma yang dapat menyumbangkan elektron bebas kepada bahan semikonduktor. Banding semikonduktor jenis-p.
intrinsic semiconductorseparuh pengalir semikonduktor intrinsik/semikonduktor intrinsikFizikTiadaTiada
intrinsic semiconductorseparuh pengalir semikonduktor intrinsik/semikonduktor intrinsikKejuruteraanTiadaTiada
intrinsic semiconductorseparuh pengalir semikonduktor intrinsik/semikonduktor intrinsikKimiaTiadaTiada
charge couple deviceperanti gandingan casFizikNanoteknologiAlat yang diperbuat daripada bahan semikonduktor yang disusun supaya output cas elektrik daripada salah satu semikonduktor mengecas semikonduktor di sebelahnya.
extrinsic semiconductorsemikonduktor ekstrinsikFizikNanoteknologiSemikonduktor yang telah didopkan. Bilangan elektron dan lohong adalah berbeza. Bilangan kepekatan lohong dan elektron menentukan semikonduktor tersebut sama ada jenis-n atau jenis-p. Banding semikonduktor intrinsik.
intrinsic semiconductorsemikonduktor intrinsikFizikNanoteknologiSemikonduktor tulen yang kepekatan pembawa casnya ditentukan oleh ciri bahan tersebut, biasanya pembawa cas, iaitu elektron dan lohong dihasilkan daripada kesan terma atau kecacatan semikonduktor tersebut. Dalam bahan ini, jumlah elektron dan lohong adalah sama, berbeza dengan semikonduktor ekstrinsik yang pembawa casnya dihasilkan oleh bahan pendop. Contohnya, silikon dan germanium. Banding semikonduktor ekstrinsik.
extrinsic semiconductorsemikonduktor ekstrinsikFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanSemikonduktor yang sifat elektriknya bergantung kepada bendasing yang ditambah kepada hablur semikonduktor tersebut.
semiconductorsemikonduktorKimiaTiadaBahan yang kekonduksian elektriknya bernilai di antara kekonduksian logam dengan kekonduksian penebat. Kekonduksian semikonduktor lazimnya bertambah apabila suhu meningkat. Semikonduktor digunakan dalam peranti elektronik seperti termistor, transistor dan fototransistor. Misalnya, germanium, silikon, dan selenium.
12345678910...

Kembali ke atas