Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (séminar) perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan kaum wanita; berseminar mengadakan seminar, meng­hadiri (menyertai) seminar: janganlah kita asyik ~ tanpa usaha lanjutan; menseminarkan membahaskan sesuatu per-kara, isu, dsb dlm seminar: perkara itu perlulah diseminarkan terlebih dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl bersinar-sinar; ® sinar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /séminar/ perjumpaan utk menyelidik dan memperbahaskan se­suatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yg ahli dlm hal itu. ber­seminar menghadiri, menyertai atau mengadakan seminar: Mereka ~ selama dua hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, bagaimana saya boleh mendapatkan contoh kertas kerja bagi seminar-seminar yang dianjurkan oleh dbp contohnya seperti seminar Wacana Tulisan Jawi 2014 baru-baru ini. Terima kasihKertas kerja seminar anjuran DBP boleh dilihat di Pusat Dokumentasi Melayu dan sebahagian kertas kerja boleh diakses melalui laman web kami di www.dbp.gov.my seperti kertas kerja Wacana Tulisan Jawi (peserta tidak dibekalkan salinan keras).Lain-lain28.02.2014
Seminar Semangat Sukarela Seminar SukarelawanSeminar Semangat SukarelaTatabahasa28.03.2008
Bagaimana menulis nama seminar, perlu diitalikkan atau diletakkan tanda petik tunggal? Contoh: 'Seminar Kerjaya.'Nama seminar/tajuk tidak perlu ditulis condong, cukup sekadar ditulis dengan huruf besar pada awal kata seperti "Seminar Kerjaya".Ejaan13.09.2011
walk in seminarseminar terbukaLain-lain28.07.2008
Salam sejahtera, Kakak Shima menyambut adiknya dengan pelukan kasih sayang selepas Shima pulang dari seminar kesan stres. (pulang dari seminar / pulang daripada seminar) Sila beri pencerahan.Terima kasih.Perkataan dari ialah sendi kata yang menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak iaitu bertolak, muncul atau menyatakan titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan pergerakan dan lain-lain. Perbezaan dari dan daripada boleh dilihat dari segi berikut:


1. ...pulang dari seminar (merujuk tempat)
2. Hasil daripada Seminar... (menunjukkan sumber atau punca)
Tatabahasa22.06.2021
salam, yang mana satu betul? atau pun ada ungkapan lain yang lebih sesuai? terima kasih : "cadangan kertas kerja seminar bahasa" atau "kertas kerja cadangan seminar bahasa"Kedua-duanya betul, "cadangan kertas kerja seminar bahasa" merujuk kepada kertas kerja berkenaan, manakala "kertas kerja cadangan seminar bahasa" merujuk kepada seminar berkenaan. Walau bagaimanapun lazimnya penyediaan kertas kerja dibuat untuk seminar yang telah dipastikan. Oleh itu, yang paling tepat ialah "cadangan kertas kerja seminar bahasa".Tatabahasa15.06.2011
Apakah cadangan nama seminar yg betul untuk "Seminar Bajet Santai 2013"Cadangan kami "Bual Bicara Belanjawan 2013".Tatabahasa05.10.2012
Saya diminta untuk membuat brosur seminar pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur ituBrosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya.Lain-lain19.05.2011
Adakah seminar yang diadakan hanya pegawai DBP sahaja yang boleh menyertainya?Salam sejahtera, Seminar Anjuran DBP Pertamanya, terima kasih diucapkan kepada saudari atas pertanyaan yang dikemukakan. Untuk makluman saudari, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan pelbagai seminar dan khalayaknya pula tidak hanya melibatkan pegawai/karyawan DBP sahaja tetapi bergantung kepada bentuk seminar yang dianjurkan. Sekian, terima kasih.Lain-lain20.01.2022
(1) Seminar Kajian Tindakan Ke-3 Tahun 2010 (Ke huruf besar) (2) Seminar Kajian Tindakan ke-3 Tahun 2010 (ke huruf kecil) Yang manakah tepat?

Saudara,

Yang betul : Seminar Kajian Tindakan Ke-3 Tahun 2010.

Lain-lain30.11.2009
12345678910...

Kembali ke atas