Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pa.dan] | سمڤادن

Definisi : 1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan: pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan, (pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya; bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll): negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik; bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah; menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; persempadanan hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pa.dan] | سمڤادن

Definisi : 1 sesuatu yg menjadi tanda pemisah di antara sesuatu kawasan dgn kawasan lain; tanda yg menunjukkan had sesuatu kawasan; batas: Aji Saka dan dua orang pengiringnya sampailah ke Gunung Kidul di ~ negeri Medang Kawulan. 2 had atau takat bagi sesuatu (perasaan dsb): Kasih seseorang ayah kpd anaknya ada ~nya. 3 garis lurus yg membatasi sesuatu rajah, spt pd rajah segi tiga atau segi empat; sisi. ~ bersebelahan dua sempadan yg membentuk satu sudut. bersempa­d­an ada sempadannya; berbatas. ber­­­sem­padankan mempunyai sesuatu sbg sempadan; berbataskan. menyempadani menjadi atau me­rupakan sempadan pd; membatasi: Benua Amerika Utara disempadani oleh tiga buah lautan. persempadanan perihal atau yg berkaitan dgn sempadan (penentuan sempadan dll): Sengketa ini jelas memba­yangkan bahawa sebahagian besar masalah ~ antarabangsa belum lagi dpt di­atasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempadan (kata nama)
1. Bersinonim dengan perbatasan: tapal batas, batas,

2. Bersinonim dengan had: takat, batas, perenggan, aras, sarhad, hudud, enggat, sakat, senggat, takuk, tenggat, perhinggaan, paras, sangkat, ketentuan, garisan.,

3. Bersinonim dengan tepi: sembiran, pinggir, bidang, hasyiah, birai, sering, gigi, lereng, tebing, susur, kembi,
Berantonim dengan tengah

Kata Terbitan : bersempadan, bersempadankan, menyempadani,

Puisi
 

Limau lelang tengah sempadan,
     Petik orang bawa ke hulu;
Rimau menderam tengah hutan,
     Monyet siamang gemangkan bulu.


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
"Sempadan Kita Selamat"Aninah JanangDewan Masyarakat1 November 2008
Sempadan MatiSuria JanibDewan Sastera1 March 2008
Sempadan KasihSue-AlSeri Dewi dan Keluarga1 September 2003
Menyelamatkan sempadan terakhir duniaNazery KhalidDewan Masyarakat1 March 2007
Batas SempadanZakaria SaadDewan Siswa1 February 2007
Mudahnya Sempadan Negara DicerobohiMohd. Arif AtanDewan Masyarakat1 December 2008
Tiada Sempadan KasihNorhashimah HashimMutiara Malaysia1 March 2000
Wanita SempadanNordin SaadDewan Sastera1 October 2004
Menjelajah sempadan Malaysia - ThailandAzman SidekDewan Siswa1 August 1997
Di Sempadan Kabut HitamSuhaimi Haji MuhammadDewan Sastera15 August 1980
1234

Kembali ke atas