Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pa.dan] | سمڤادن

Definisi : 1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan: pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan, (pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya; bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll): negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik; bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah; menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; persempadanan hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pa.dan] | سمڤادن

Definisi : 1 sesuatu yg menjadi tanda pemisah di antara sesuatu kawasan dgn kawasan lain; tanda yg menunjukkan had sesuatu kawasan; batas: Aji Saka dan dua orang pengiringnya sampailah ke Gunung Kidul di ~ negeri Medang Kawulan. 2 had atau takat bagi sesuatu (perasaan dsb): Kasih seseorang ayah kpd anaknya ada ~nya. 3 garis lurus yg membatasi sesuatu rajah, spt pd rajah segi tiga atau segi empat; sisi. ~ bersebelahan dua sempadan yg membentuk satu sudut. bersempa­d­an ada sempadannya; berbatas. ber­­­sem­padankan mempunyai sesuatu sbg sempadan; berbataskan. menyempadani menjadi atau me­rupakan sempadan pd; membatasi: Benua Amerika Utara disempadani oleh tiga buah lautan. persempadanan perihal atau yg berkaitan dgn sempadan (penentuan sempadan dll): Sengketa ini jelas memba­yangkan bahawa sebahagian besar masalah ~ antarabangsa belum lagi dpt di­atasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempadan (kata nama)
1. Bersinonim dengan perbatasan: tapal batas, batas,

2. Bersinonim dengan had: takat, batas, perenggan, aras, sarhad, hudud, enggat, sakat, senggat, takuk, tenggat, perhinggaan, paras, sangkat, ketentuan, garisan.,

3. Bersinonim dengan tepi: sembiran, pinggir, bidang, hasyiah, birai, sering, gigi, lereng, tebing, susur, kembi,
Berantonim dengan tengah

Kata Terbitan : bersempadan, bersempadankan, menyempadani,

Puisi
 

Limau lelang tengah sempadan,
     Petik orang bawa ke hulu;
Rimau menderam tengah hutan,
     Monyet siamang gemangkan bulu.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEHIDUPAN DI SEMPADAN BARAT UMUM 
PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND

PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND (1949), perjanjian kerjasama antara pasukan polis Tanah Melayu dengan Thailand.  Perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 1949 ini dibuat bagi mengadakan kerjasama penuh di kawasan perbatasan kedua-dua negara antara pasukan polis masing-masing untuk menentang pengganas komunis.  Beberapa syarat diadakan dalam perjanjian tersebut untuk menjalankan operasi menyeberang sempadan, tangkapan dan hal-hal lain.  Tujuannya bagi memudahkan matlamat mengadakan kerjasama yang rapat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PROVINSI UTARA

Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara

di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri

dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique,

dan sempadan provinsi dengan North West,

Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan

pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada

tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi

Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg,

Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng.

UMUM 
SUNGAI PARNAIBA

Sungai Parnaiba berpunca dari Pergunungan

Tabatinga berhampiran sempadan negeri Goiás,

Brazil. Sungai ini mengalir sejauh 1370 kilometer

ke timur laut menuju Lautan Atlantik (lihat Brazil

[peta]). Ia merupakan sempadan di antara negeri

Maranhão dengan negeri Piaui. Cabang utamanya

meliputi Sungai Balsas, Gurgueia, Caninde, Poti

dan Longa. Kapal mengangkut lilin carnauba,

kapas, beras dan tembakau belayar kira-kira sejauh

480 kilometer dari Floriano ke bandar Parnaiba di

pinggir Lautan Atlantik.

UMUM 
SHIRE

Shire ialah kawasan pentadbiran bagi negeri-negeri

Anglo-Saxon pada zaman awal England.

Shire mempunyai sempadan yang tetap dan terdiri

daripada daerah kecil yang dikenali sebagai

hundreds. Ketua pegawai shire dikenali sebagai

reeve atau shire-reeve. Perkataan sheriff berasal

daripada gelaran ini. Banyak kaunti di England

mengekalkan perkataan shire pada namanya dan

banyak sempadan kaunti mengikut sempadan

shire lama. Perkataan shire kadangkalanya dirujuk

secara bersama untuk kaunti masa kini. Shire juga

merupakan nama seekor kuda penarik beban

yang pertama kali dibiak baka di Shire Midland,

England.

Lihat juga Kaunti; Kuda.

UMUM 
ASSAM

Assam ialah negeri di timur laut India, di

kawasan rendah Lembah Brahmaputra. Assam

mempunyai sempadan antarabangsa dengan

Bhutan di sebelah utara dan dengan Bangladesh

di sebelah barat daya. Di sebelah utara dan

timurnya terletak Arunachai Pradesh. Assam

berkongsi sempadan dengan empat buah negeri

bukit-Nagaland dan Manipur ke sebelah timur,

dan Mizoram dan Tripura ke sebelah selatan.

Assam juga mempunyai sempadan yang pendek

dengan Bangladesh di antara Tripura dan

Meghalaya yang menyempadani Assam di

sebelah barat dayanya.

UMUM 
TERENGGANU

Terengganu ialah negeri yang terletak di pantai

timur Semenanjung Malaysia. Negeri ini

bersempadan dengan negeri Kelantan dan Pahang.

Sempadan di bahagian timurnya ialah Laut China

Selatan, manakala sempadan di bahagian selatan

ialah negeri Pahang. Pantainya sepanjang lebih

kurang 225 kilometer menghadap Laut China

Selatan dari Besut di utara hingga ke Kemaman di

selatan. Terdapat tujuh daerah di Terengganu iaitu

Besut, Dungun, Kemaman, Marang, Hulu

Terengganu, Kuala Terengganu, dan Setiu.

UMUM 
MALLEE

Mallee ialah daerah di barat daya Victoria,

Australia. Ia dinamai sempena nama sejenis pokok

kayu putih yang banyak terdapat di kawasan itu.

Daerah Mallee terletak di selatan Sungai Murray

dan di timur sempadan Australia Selatan. Suatu

garisan sempadan yang menghala ke selatan dari

Kerang menuju ke timur Birchip, kemudian ke

barat menuju ke sempadan Australia Selatan,

merupakan sempadan daerah ini.

UMUM 
ALIRAN BENDALIRSistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan.  Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian.  Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan.  Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
NUEVO LAREDO

Nuevo Laredo (pend. 281 413), sebuah bandar

yang terletak di bahagian timur sempadan Mexico

dengan Amerika Syarikat. Untuk lokasi, lihat

Mexico (peta politik). Jambatan antarabangsa yang

utama di Sungai Rio Grande menghubungkan

bandar ini dengan Laredo, Texas, di utara

sempadan Mexico.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas