Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mua] | سموا

Definisi : 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; semua-semuanya segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mua] | سموا

Definisi : 1 tidak ada yg dikecualikan; sekalian; segala: ~ orang akan mati. 2 = semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEL

Sel ialah unit asas bagi semua hidupan. Semua

hidupan terdiri daripada sel. Sesetengah organisma

hanya terdiri daripada satu sel. Tumbuh-tumbuhan

dan haiwan terdiri daripada banyak sel. Badan

manusia mempunyai lebih daripada 10 trilion

(10 000 000 000 000) sel.

UMUM 
RAS, MANUSIA

Ras, Manusia atau bangsa manusia. Semua

manusia adalah dari keturunan manusia yang

hidup ratusan ribu tahun dahulu. Oleh itu, kita

semua berkongsi leluhur yang sama. Ini bermakna

bahawa semua manusia yang tinggal di dunia hari

ini berkaitan dengan satu sama lain. Walaupun kita

semua berkaitan, kita tidak kelihatan serupa. Badan

kita berbeza saiz dan bentuknya, kulit kita berbeza-beza

warnanya, mata kita berbeza warna dan

bentuknya, bibir dan hidung kita berbeza

bentuknya, dan rambut kita berbeza warna dan

teksturnya.

UMUM 
ASID AMINO

Asid amino ialah nama sebatian organik yang

menjadikan semua protein dalam benda hidup.

Ahli sains menyebut asid amino sebagai blok

binaan protein . Semua asid amino mengandungi

karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen.

Sesetengahnya juga mengandungi sulfur.

UMUM 
ASID NUKLEIK

Asid nukleik ialah molekul kompleks yang

terdapat di dalam semua sel. Dua jenis asid

nukleik ialah asid deoksiribonukleik (DNA) dan

asid ribonukleik (RNA). DNA didapati terutama

dalam nukleus sesuatu sel. Tetapi RNA boleh

didapati dalam semua sel. Malah sel bakteria,

yang tidak mempunyai nukleus, mengandungi

DNA dan RNA. Sesetengah virus tertentu hanya

mengandungi RNA dan virus lain hanya

mengandungi DNA.

UMUM 
POLIGON

Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh

segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah

panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut

yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon,

manakala titik pertemuan semua sisinya ialah

verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai

tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi

empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon;

tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon;

sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh

sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua

belas sisi, dodekagon.

UMUM 
OPERA

Opera ialah drama yang pelakonnya

menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau

sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap

kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan

yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia

sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling

masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik.

Opera berkemungkinan merupakan yang paling

kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia

menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik

orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali

balet atau beberapa bentuk tarian yang lain.

UMUM 
PICKEREL

Pickerel ialah nama yang diberi kepada tiga

anggota yang kecil dalam famili pike di Amerika

Utara. Seperti semua pike, pickerel sebenar

mempunyai mulut yang besar dan makan dengan

lahapnya. Ikan ini meronta untuk melepaskan

diri apabila terkena mata kail. Semua pickerel hidup

dalam air tawar. Ia biasanya memakan ikan lain yang

lebih kecil.

UMUM 
BAHAN ELEKTRIKSemua bahan elektrik boleh dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada kebolehannya mengalirkan arus elektrik iaitu konduktor, semikonduktor, dan penebat.FIZIKKonsep
BENDA ASING GASSemua komponan bukan hidrokarbon yang wujud dalam gas asli yang baru dikeluarkan dari telaga minyak.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
PERSEKITARAN

Persekitaran ialah semua benda yang berada

di luar sesuatu organisma. Persekitaran manusia

meliputi faktor seperti suhu, bekalan makanan,

dan manusia lain. Persekitaran tumbuh-

tumbuhan boleh terdiri daripada tanah, cahaya

matahari, dan haiwan yang akan memakan

tumbuh-tumbuhan. Faktor persekitaran tidak

bernyawa, seperti suhu dan cahaya matahari,

membina persekitaran abiotik . Benda bernyawa

seperti lumut dan makanan mewujudkan

persekitaran biotik . Kedua-dua persekitaran

abiotik dan biotik saling berhubungan dalam

mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk

benda hidup dan bukan hidup.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas