Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mut] | سموت

Definisi : sj serangga yg merayap; jenis-jenisnya: ~ api sj semut, Tetraponera rufonigra; ~ gajah sj semut, Camponotus gigas; ~ gula sj semut, Monomorium pharaonis; ~ kayu sj semut yg besar dan hitam (yg mengorek kayu), Camponotus her­culaneus; ~ kerengga sj semut, Oecophylla smaragdina dll; ~ dipijak tidak mati, gajah diharung ber-gelimpangan = ~ terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga prb perihal jalan se-orang perempuan yg baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat); ~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi prb perbuatan yg bukan-bukan; di mana ~ mati kalau tidak dlm gula = mati ~ kerana gula prb manusia itu akan tertipu dgn pujuk rayu; umpama ~ mem­persembah-kan paha belalang kpd raja prb pemberian yg amat sedikit; semut-semut berasa kebas kerana lama ter-tekan dll (bkn kaki dan tangan), berasa senyar; menyemut berkerumun dgn ramainya, menge-lilingi sesuatu dgn ramainya: ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana; semut-semutan, kesemut-semutan, ke­semut­an semut-semut: sekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan kesemutan di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mut] | سموت

Definisi : pd anggota badan kerana lama terhim­pit dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.mut] | سموت

Definisi : ~ orang di sepanjang jalan itu. kese­mutan, semut-semutan berasa kebas (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.mut] | سموت

Definisi : berbagai-bagai jenis serangga kecil yg merayap. ~ api Tetraponera rufonigra. ~ gajah Camponotus gigas. ~ gula Monomorium pharaonis. ~ kerengga kerengga, Oecophylla smaragdina. me­­nyemut banyak spt semut; ber­keru­mun (berduyun-duyun); banyak sekali: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semut (kata nama)
Bersinonim dengan serangga merayap, kelik-kelik;,
Kata Terbitan : menyemut, semut-semutan, kesemut-semutan,

Puisi
 

Bagaimana membunuh semut,
     Taruh gula di mangkuk perang;
Bagaimana saya hendak selimut,
     Kainku sudah dipinjam orang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semut gatal nak gonggong gunung,
     bagaimana dunia takkan sunyi.

Bermaksud :

Sesuatu yang mustahil dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paresthesiaparestesiaPerubatanTiadaRasa kebas dan semut-semut pada anggota.
altruismaltruismeBiologiEkologiPenambahan ketegapan sesuatu kumpulan, yang mengurangkan ketegapan individu di dalam kumpulan berkenaan. Misalnya, dalam koloni semut, semut pekerja mengawal dan mempertahankan sarang walaupun membahayakan dirinya sendiri.
dulosisdulosisBiologiEntomologiPerhambaan di kalangan semut. Dalam perhambaan ini, semut sesuatu spesies menawan semut spesies lain untuk dijadikan pekerja, misalnya semut perang yang hidup dan bekerja di dalam sarang semut merah. hetolisme.
dulosisdulosisBiologiEkologiPenghambaan di kalangan semut. Misalnya, semut perang hidup di dalam sarang yang sama dengan semut merah dan bekerja untuk semut merah.
leaf-cutting antsemut unggis tumbuhanBiologiEntomologiSemut tropika, khususnya genus Atta yang terdapat di Afrika Selatan dan dikenal juga sebagai semut paying. Semut ini memotong daun dan menjunjungnya sehingga kelihatan seperti berpayung. Daun-daun ini dibawa ke dalam sarang bawah tanah dan kemudiannya dilumur dengan liur dan najisnya, dan digunakan sebagai medium untuk pembiakan kulat yang menjadi makanan koloni.
ant-nest beetlekumbang sarang semutBiologiEntomologiNama bagi beberapa kumbang kecil yang hidup di dalam sarang semut, misalnya kumbang berwarna perang kemerahan, Lomechusa strumosa yang hidup di dalam sarang semut api, Formica sanguinea. Larva serangga ini menyerupai semut sehingga diterima sebagai ahli koloni semut. Sesetengah larva ini berkongsi makanan dengan semut atau mungkin bertindak sebagai pembangkai, tetapi dalam kebanyakan kejadian, larva dan kumbang dewasa ini memakan larva semut.
ergatogyneergatoginBiologiEntomologiSemut beiau atau semut ratu yang tidak bersayap dan menyerupai semut pekerja.
ergatandromorphergatandromorfBiologiEntomologiSemut luar biasa yang mempunyai gabungan ciri semut pekerja dan semut jantan.
blood red antkerengga hitamBiologiEntomologiSpesies yang sangat serupa dengan semut kayu, tetapi warnanya lebih merah. Semut yang memakan serangga lain ini tidk mebina sarang yang besar. Semut ini menyerang sarang semut yang lebih kecil dan mengangkut kokunnya keluar, serta menyimpan serangga yang dibawa sebagai hamba.
Hydynophytum formicarumKepala berok, sarang semutPertanianTiadaTumbuhan jenis herba dalam famili Rubiaceae juga dikenali sebagai sarang semut. Bahagian akarnya membentuk struktur sarang semut. Tumbuhan ini hidup menumpang atas pokok dan bersimbiosis dengan semut. Daunnya tebal dan kecil. Akar yang telah dikeringkan digunakan untuk merawat ulser dalam usus, barah perut, barah buah dada dan mengubati kudis yang sukar sembuh.
1234567

Kembali ke atas