Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
semut (kata nama)
Bersinonim dengan serangga merayap, kelik-kelik;,
Kata Terbitan : menyemut, semut-semutan, kesemut-semutan,

Peribahasa

Semut dipijak tak mati,
     antan dilanda patah tiga.

Bermaksud :

Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
semutsj serangga yg merayap; jenis-jenisnya: ~ api sj semut, Tetraponera rufonigra; ~ gajah sj semut, Camponotus gigas; ~ gula sj semut, Monomorium pharaonis; ~ kayu sj semut yg besar dan hitam (yg mengorek kayu), Camponotus her­culaneus; ~ kerengga sj semut, Oecophylla smaragdina dll; ~ dipijak tidak mati, gajah diharung ber-gelimpangan = ~ terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga prb perihal jalan se-orang perempuan yg baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat); ~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi prb perbuatan yg bukan-bukan; di mana ~ mati kalau tidak dlm gula = mati ~ kerana gula prb manusia itu akan tertipu dgn pujuk rayu; umpama ~ mem­persembah-kan paha belalang kpd raja prb pemberian yg amat sedikit; semut-semut berasa kebas kerana lama ter-tekan dll (bkn kaki dan tangan), berasa senyar; menyemut berkerumun dgn ramainya, menge-lilingi sesuatu dgn ramainya: ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana; semut-semutan, kesemut-semutan, ke­semut­an semut-semut: sekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan kesemutan di kakinya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas