Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mut.se.mut] | ٢ سموت

Definisi : berasa kebas kerana lama ter-tekan dll (bkn kaki dan tangan), berasa senyar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semut-semut

Puisi
 

Bagaimana membunuh semut,
     Taruh gula di mangkuk perang;
Bagaimana saya hendak selimut,
     Kainku sudah dipinjam orang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semut gatal nak gonggong gunung,
     bagaimana dunia takkan sunyi.

Bermaksud :

Sesuatu yang mustahil dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMUT POKOK HIJAU

Semut pokok hijau di kawasan tropika Australia

adalah satu daripada anggota yang paling luar biasa

dalam famili semut. Semut ini tidak bersarang dalam

tanah, sebaliknya ia membuat sarang di atas pokok

dengan menjambakkan daun dan mengikatnya

dengan bebenang bak sutera. Ia akan menyerang

apa-apa sahaja yang mengusik sarangnya.

UMUM 
SEMUT BULL

Semut bull termasuk beberapa spesies semut

di Australia. Kebanyakannya adalah besar. Sayap

semut betina sesetengah spesies tumbuh

sepanjang dua sentimeter. Semut bull ini boleh

menyebabkan gigitan yang menyakitkan dengan

rahangnya panjang, dan menonjol. Ia juga boleh

menyengat. Semut ini tidak mudah takut dan akan

menyerang pada waktu tertentu. Hanya beberapa

ratus ekor semut tinggal dalam setiap sarang.

Ia membuat sarang di dalam tanah, biasanya di

pangkal pokok atau tunggul. Semut pekerja

memberi lundinya makan bangkai haiwan. Ahli

sains menggangap semut bull ini antara semut

yang paling primitif. Ia tidak mempunyai struktur

sosial sekompleks spesies yang lebih maju.

UMUM 
SEMUT API

Semut api adalah mana-mana satu daripada

beberapa spesies semut yang menyebabkan

sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima

spesies semut api terdapat di tenggara Amerika

Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang

diimport, adalah semut perosak yang utama.

Semut api merah yang diimport membuat busut

besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras

hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.

Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami

satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu

aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun

keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api

merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,

bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah

orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa

semut api – dan jarang sekali membawa maut.

UMUM 
KUMPULAN SEMUT

Kumpulan semut lihat Semut.

UMUM 
SEMUT

Semut ialah serangga yang hidup dalam komuniti

teratur. Semut dikenali sebagai serangga sosial.

Lain-lain serangga sosial termasuk sesetengah

jenis lebah, semua jenis anai-anai, dan sesetengah

penyengat.

UMUM 
ANAI-ANAI

Anai-anai ialah nama biasa bagi kumpulan

serangga yang hidup dalam komuniti seperti semut.

Ia telah lama dikenali sebagai semut putih. Nama ini

tidak betul kerana anai-anai hanya sama dengan

semut dari segi tabiat hidup bersama dan saiznya

yang kecil. Sebenarnya, anai-anai lebih rapat

berkaitan dengan lipas dan belalang. Bahagian-bahagian

mulut, sesungut, pinggang yang besar,

sayap primitif dan ciri-ciri lainnya sama seperti yang

ada pada lipas. Semut mempunyai pinggang yang

kecil dan sesungut bersiku.

UMUM 
BUSUT SEMUT

Busut semut ialah timbunan tanah yang dihasilkan oleh semut sebagai tempat tinggal dan tempat pembiakannya. Sesetengah busut semut tingginya kira-kira 1 m dan diameternya melebihi 3 m.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
KOLONI

Koloni lihat Beaver; Haiwan (Kawasan tempat

tinggal; Hidup berkumpulan); Lebah (Koloni lebah

madu); Semut (Kehidupan dalam koloni semut).

UMUM 
SURAH AL-NAML

Surah al-Naml ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-27 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 93 ayat. Ia

dinamakan al-Naml (semut) kerana Allah S.W.T.

menyebut di dalamnya cerita seekor semut yang

telah memberi peringatan kepada kaum

sejenisnya, dan mengingatkan serta meminta maaf

kepada Nabi Sulayman a.s. dan para tenteranya.

Nabi Sulayman a.s. tersenyum kerana dia

memahami kata-kata semut itu dan bersyukur

kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan kelebihan

dan nikmat tersebut.

UMUM 
PERMAISURI

Permaisuri lihat Anai-anai; Lebah; Semut

(Kehidupan dalam koloni); Serangga (Kehidupan

berkeluarga) .

UMUM 
12

Kembali ke atas