Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mut.se.mut] | ٢ سموت

Definisi : berasa kebas kerana lama ter-tekan dll (bkn kaki dan tangan), berasa senyar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semut-semut

Puisi
 

Bagaimana membunuh semut,
     Taruh gula di mangkuk perang;
Bagaimana saya hendak selimut,
     Kainku sudah dipinjam orang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semut gatal nak gonggong gunung,
     bagaimana dunia takkan sunyi.

Bermaksud :

Sesuatu yang mustahil dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAwang Dollah pandai meniti, Pandai meniti pandan mengkuang; Kerana tebu semut tak mati, Kerana semut gula terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang.
Kurik Kundi Merah SagaNasi sejuk dihurung semut, Bawa gonggong meniti petang; Berasa sejuk kutarik selimut, Baru kutahu badan seorang.
Kurik Kundi Merah SagaNasi sejuk makanan semut, Bunga teratai di dalam paya; Adik sejuk tarik selimut, Sarung bantal bawah kepala.
Kurik Kundi Merah SagaNasi sejuk digonggong semut, Bawa budak pergi ke Bangka; Tuan sejuk tarik selimut, Ambil bantal ganti saya.
Kurik Kundi Merah SagaNasi dingin digonggong semut, Dibawa belayar ke Singapura; Badan dingin tarik selimut, Bantal peluk ganti adinda.
Kurik Kundi Merah SagaTetaklah akar akar merah, Semut meniti di dalam talam; Badan berpeluh mataku merah, Angkat mengucap di tengah malam.
Kurik Kundi Merah SagaTetaklah akar akar merah, Semut meniti di batang padi; Fasal saja lautan jauh, Kalau setanah kujalan kaki.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaDi batang buruk sarang tekukur, Tempat bersarang semut api; Saya di sini rindu tak tidur, Kerana tuan saya ingati.
12

Kembali ke atas