Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.man] | سنمن

Definisi : latihan gerak badan: jika seseorang tidak membuat apa-apa senaman, maka darahnya tidak dapat berjalan dgn kuat dan betul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.man] | سنمن

Definisi : latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senam
Kata Terbitan : senaman, bersenam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk intense workout?Untuk makluman, tidak terdapat bahasa Melayu yang khusus untuk "intense workout". "Workout" boleh bermaksud "senaman, bersenam atau senaman bina badan. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Istilah06.12.2016
Maaf, saya ingin bertanya perkataan bahasa inggeris elliptical trainer di dala bahasa melayu apa ye?Padanan yang dicadangkan untuk "Elliptical Trainer" dalam bahasa Melayu ialah 'Mesin Senaman Elips" atau "Alat Senaman Elips".Makna16.04.2020
Adakah senamrobik dikira sebagai akronim? Daripada perkataan senaman aerobik.Senamrobik ialah latihan jasmani yg mengga­bungkan senaman biasa dan aerobik. Ia dikategorikan sebagai kata akronim bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya.Lain-lain24.01.2021
Selamat petang. 1.Ramai orang yang berasa kurang gemar untuk melakukan aktiviti senaman.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah ,mohon beri penjelasan. 2.Selain itu,aktivit senaman merupakan kegiatan riadah yang akan melapangkan fikiran kita.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah,mohon beri penjelasan. 3.Bukan itu sahaja,kita juga dapat melegakan stres dan tekanan perasaan yang kita hadapi.Contohnya,setelah kita penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan mengurangkan tekanan kita.Adakah penggunaan ayat di atas betul? Jika salah,mohon beri penjelasan.Sekian,terima kasih.

Selamat ptg:

1. Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah.
2. Maksud senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ayat yang dicadangkan Aktiviti riadah dapat melapangkan fikiran kita.
3. Sres dan tekanan mempunyai makna yang sama. Ayat yang dicadangkan: Selain itu, aktiviti riadah dapat melegakan tekanan yang kita hadapi.
4. Setelah penat belajar, kita boleh menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain06.11.2016
Selamat sejahtera, Bagaimanakah cara menulis 'senaman Kegel' dalam ayat? Perlu Kegel itu diitalikkan atau tidak? Sekian, terima kasih.Cara penulisan dalam ayat yang betul ialah senaman Kegel. Tidak perlu diitalik tetapi menggunakan huruf besar K untuk ejaan Kegel.Ejaan22.06.2021
Chow Sheng Mar 9th, 10:13am Berjoging ialah senaman yang mendatangkan banyak faedah Chow Sheng Mar 9th, 10:17am ayat ini ayat majmuk atau ayat tunggal ?Ayat "Berjoging ialah senaman yang mendatangkan banyak faedah" ialah ayat majmuk.Tatabahasa09.03.2015
Salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan imbuhan. Antara berikut, yang manakah betul? Aktiviti bersenam atau aktiviti senaman? Sekian, terima kasih.Aktiviti senaman.Tatabahasa15.01.2013
Salam, Terima kasih atas respon yang cepat mengenai pertanyaan saya tadi. Walaubagaimanapun, cadangan padanan bagi Laurent Blue Wellness & Spa Centre menjadi Pusat Senaman dan Spa seperti tidak sesuai kerana pusat ini tidak menawarkan khidmat senaman. Ia lebih kepada penjagaan kulit dan kecantikan. Mohon pihak DBP dapat memberi cadangan alternative yg bersesuaian. Terima Kasih. Wassalam.Cadangan kami ialah " Pusat Kecantikan dan Spa".Tatabahasa18.06.2013
Tepatkah jika "workout" satu istilah dalam sukan bina badan yang berkaitan dengan latihan di gimnasium diterjemahkan sebagai "latihan bina badan"?Istilah "workout" bermaksud "senaman" atau "bersenam". Dalam latihan di gimnasium, diterjemahkan sebagai senaman bina badan.Istilah16.08.2007
Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. Weight Stacks Pro Style Dumbbells Hex Style Dumbbells Tricep Bar EZ Curl Bar Flat Bench Hyper Extension Bench Preacher Bench Arm Blaster Abdominal Bench Leg Press Machine Hack Squat Machine Leg Curl Machine Chin Up /Dipping Bars Squat Rack Leg Abduction Machine Lat Pull Down Machine Pec Deck Machine Treadmills Elliptical Trainers Adaptive Motion Trainers Stepmills Stationary Rowers Chest Press Machine TRX Suspension Training Incline Barbell Bench Press Supine Pec Flys Depth Push-Ups Decline Push-Ups Smith Machine Bench Press Machine Vertical Chest Press Standing Hammer Curl Preacher Curl Machine Standing Barbell Pronated Bicep CurlKami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan30.07.2015
1234

Kembali ke atas