Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.pang] | سناڤڠ

Definisi : sj senjata yg berlaras dan berpeluru (lebih besar dan panjang drpd pistol dan lebih kecil serta pendek drpd meriam), bedil; ~ angin senapang yg melepaskan penabur dgn tekanan udara; ~ bambu (buluh) a) sj senapang (bedil) yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak; b) prb rupanya sahaja berbahaya tetapi sebenarnya tidak; ~ kampung = ~ kopak = ~ kulai = ~ patah senapang yg patrumnya diisikan dr pangkal laras; ~ kembar = ~ pengantin senapang yg berlaras dua; ~ kep = ~ lantak = ~ lantakan senapang yg pelurunya diisikan dr mulut: ~ mesin senapang yg boleh melepaskan banyak peluru dgn sekali tarik picunya; kalau tiada ~, baik berjalan lapang prb jikalau tidak bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah; mercun buluh ~ bambu kpd saya jangan dituju prb tidak berguna menggertak orang yg berakal dan berilmu dgn sesuatu yg tiada memberi erti; bersenapang memakai senapang, ber­senjata-kan senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.pang] | سناڤڠ

Definisi : senjata api yg mempunyai laras dan menggunakan peluru (lebih besar drpd pistol tetapi lebih kecil drpd meriam). ~ angin senapang yg pelurunya dilepaskan dgn tekanan angin. ~ buluh (bambu) a. bedil yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak. b. ki orang yg nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak. ~ kampung (kulai, patah) senapang yg pelurunya diisikan dr pangkal laras. ~ kembar (pengantin) senapang yg berlaras dua. ~ mesin (jentera) senapang yg pelurunya dpt dilepaskan banyak-banyak dgn memetik picunya sekali saja; mesingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senapang

Puisi
 

Tanam padi di hulu kampung,
     Kampung ada di tepi pantai;
Cari senapang letak di kampung,
     Jangan buah dimakan tupai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, 1. Bolehkah penjodoh bilangan "pucuk" digunakan untuk senapang? 2. Adakah frasa "paling terkenal" betul? 3. Bolehkah frasa "teramat pandai" digunakan? Terima kasih! =)

1. Penjodoh bilangan untuk senapang ialah laras, selaras senapang

2. Frasa paling terkenal betul, paling + kata adjektif (terkenal). 

3. Frasa teramat pandai boleh digunakan, ter + amat + kata adjektif (pandai).

Untuk maklumat lanjut soalan no. 2 dan 3, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 245.

Tatabahasa06.09.2011
Penjodoh bilangan sepucuk senapang (betul/salah) sepucuk meriam (betul/salah) selaras senapang (betul/salah) selaras meriam (betul/salah)Penjodoh bilangan yang betul ialah selaras senapang dan selaras meriam.Tatabahasa04.04.2012
Penjodoh Bilangan senapang ialah pucuk atau laras? kalau dalam latihan ada dua pilihan iaitu pucuk dan laras, apakah jawapan yang patut dipilih? terima kasihJawapan yang tepat ialah selaras senapang, sepucuk digunakan untuk pistol.Tatabahasa05.03.2014
Salam sejahtera. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pucuk ialah penjodoh bilangan untuk surat dan senjata api. Contoh yang diberikan ialah sepucuk surat dan beberapa pucuk senapang. Namun, khidmat nasihat yang saya jumpai dalam laman web DBP pula mengatakan bahawa penjodoh bilangan untuk senapang ialah laras, pucuk digunakan untuk pistol. Oleh itu, saya ingin bertanya yang mana satukah penjodoh bilangan yang sesuai untuk senapang. Terima kasih.
Jawapan yang tepat ialah selaras senapang, sepucuk digunakan untuk pistol.
Tatabahasa25.09.2022
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah Bahasa Inggeris "repeating rifle?" Terima kasih.

Kami mencadangkan “repeating rifle” diterjemahkan sebagai “senapang tembak ulang” atau “senapang tembak bertubi”. Untuk makluman, “rapid fire pistol” diterjemahkan sebagai “tembak pistol bertubi”.  (Rujukan: Kamus Istilah MABBIM: Sukan)

Istilah11.12.2020
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya?

Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza.

Tatabahasa05.02.2008
apakah maksud cerompong?Menurut Kamus Dewan Bahasa, Cerompong membawa maksud muncung meriam (senapang).Makna28.01.2013
Soalan 1 : bergantung pada ...... ( adakah ia digunakan untuk orang @ benda @ kedua-duanya sekali ? ) Soalan 2 : bergantung ( pada , kepada ) keputusan pengadil ? Soalan 3 : sepucuk @ selaras pistol ? Soalan 4 : sepucuk @ selaras senapang ? Soalan 5 : sebiji @ sebutir telur ? Terima kasih.............

1. Bergantung pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.  Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 275.

2. Bergantung pada keputusan pengadil.

3. Sepucuk pistol

4. Selaras senapang

5. Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.05.2010
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa soalan. 1) Adakah selaras pistol betul? https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=senapang+&d=175768& (terdapat jawaban yang berbeza daripada penerangan di https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=laras&d=175768&) 2) Adakah 'ia' boleh digunakan untuk perkara atau benda yang dibicarakan? ataupun 'ia' berfungsi sebagai kata ganti nama diri ketiga yang sama dengan maksud 'dia'? 3) Barang kata ibu bapanya dituruti saja oleh pemuda itu. Adakah barang kata ditukarkan kepada sebarang kata dan saja dibetulkan kepada sahaja? 4) Adakah alat-alat tulis kata ganda bagi alat tulis? http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tulis&d=10 (terdapat 2 jawaban yang berbeza di laman ini) Terima kasih.

1.     Penjodoh bilangan untuk pistol ialah pucuk, sepucuk pistol.

2.     Menurut Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang merujuk benda/subjek yang dibicarakan.

3.     Kata “barang” dalam ayat tersebut merujuk kepada “apa sahaja yang dikatakan”. “Apa saja yang dikatakan ibu bapanya dituruti sahaja oleh pemuda itu”. Kata “sebarang” juga membawa maksud yang sama. (Kamus Dewan Perdana)

4.     Alat-alat tulis ialah kata ganda bagi alat tulis.

Mohon rujuk pada PRPM atau klik FAQ melalui laman web KNDBP untuk koleksi soalan KNB terdahulu yang sama sebagai panduan.
Lain-lain20.09.2022
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa soalan. 1) Adakah selaras pistol betul? https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=senapang+&d=175768& (terdapat jawaban yang berbeza daripada penerangan di https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=laras&d=175768&) 2) Adakah 'ia' boleh digunakan untuk perkara atau benda yang dibicarakan? ataupun 'ia' berfungsi sebagai kata ganti nama diri ketiga yang sama dengan maksud 'dia'? 3) Barang kata ibu bapanya dituruti saja oleh pemuda itu. Adakah barang kata ditukarkan kepada sebarang kata dan saja dibetulkan kepada sahaja? 4) Adakah alat-alat tulis kata ganda bagi alat tulis? http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tulis&d=10 (terdapat 2 jawaban yang berbeza di laman ini) Terima kasih.

1.    Penjodoh bilangan untuk pistol ialah sepucuk.

2.     Menurut Tatabahasa Dewan, "ia" ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang merujuk benda/subjek yang dibicarakan.

3.     Kata “barang” dalam ayat tersebut merujuk kepada “apa sahaja yang dikatakan”. “Apa saja yang dikatakan ibu bapanya dituruti sahaja oleh pemuda itu”. Kata “sebarang” juga membawa maksud yang sama. (Kamus Dewan Perdana)

4.     Alat-alat tulis ialah kata ganda bagi alat tulis.

Lain-lain13.09.2022
12

Kembali ke atas