Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sénat) 1. dewan perwakilan rakyat yg tertinggi (ahli-ahlinya dilantik), dewan negara; 2. majlis atau badan pentadbir yg utama dan tertinggi di sesetengah universiti: S~ Univer-siti Malaya; 3. Id majlis mahasiswa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj jong Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sénat/ 1 majlis perwakilan rakyat yg ahli-ahlinya dilantik; dewan negara. 2 majlis yg mengurus hal-hal akademik di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senat (kata nama)
1. Bersinonim dengan dewan negara: dewan perwakilan rakyat tertinggi

2. Dalam konteks universiti
bersinonim dengan majlis pentadbir, badan pentadbiran tertinggi, badan pentadbir utama.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mohon nasihat penggunaan ayat " mesyuarat senat bertarikh 8 jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian diperingkat sarjana sains (penyelidikan)Salam sejahtera,
 Tuan,

Ayat yang betul:

Mesyuarat Senat bertarikh 8 Jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Mod Penyelidikan).

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan16.06.2017
Saya ingin mencari alternatif untuk perkataan "precedent". Bolehkah saya gunakan perkataan "prajadian" sebagai kata ganti? Contoh ayat: Tiada "precedent" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. Diganti dengan: Tiada "prajadian" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat.Dalam konteks perundangan, precedent lazimnya diterjemahkan kepada duluan, menjadi "Tiada duluan yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat".Istilah04.02.2014

Kembali ke atas