Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sénat) 1. dewan perwakilan rakyat yg tertinggi (ahli-ahlinya dilantik), dewan negara; 2. majlis atau badan pentadbir yg utama dan tertinggi di sesetengah universiti: S~ Univer-siti Malaya; 3. Id majlis mahasiswa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj jong Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sénat/ 1 majlis perwakilan rakyat yg ahli-ahlinya dilantik; dewan negara. 2 majlis yg mengurus hal-hal akademik di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senat (kata nama)
1. Bersinonim dengan dewan negara: dewan perwakilan rakyat tertinggi

2. Dalam konteks universiti
bersinonim dengan majlis pentadbir, badan pentadbiran tertinggi, badan pentadbir utama.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
SenateDewan Senat;Dewan Negara (Malaysia)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
SenateDewan Senat;Dewan Negara (Malaysia)SejarahTiadaTiada
Senate of ElderSenat TetuaSejarahTiadaTiada
Congress (US)Kongres (AS)Sains PolitikPolitik PerbandinganBadan perundangan yang membincangkan dan menggubal undang-undang, dasar dan juga perbelanjaan negara Amerika Syarikat. Badan ini bersifat dwidewan yang terdiri daripada Dewan Perwakilan dan Dewan Senat. Dewan Perwakilan terdiri daripada 435 ahli yang merupakan dewan rendah dan ahIinya dipilih setiap dua tahun sekali. Dewan Senat pula merupakan dewan atas yang terdiri daripada 100 orang ahli yang dipilih untuk tempoh selama 6 tahun. Ahli kedua-dua dewan ini digelar sebagai ahli Kongres. Namun, dari segi adat dan amalan di Amerika Syarikat hanya ahli dewan perwakilan yang biasa digelar sebagai ahli Kongres manakala ahli dewan senat digelar sebagai Senator.
dictatorshipkediktatoranSejarahTiadaKerajaan atau pemerintahan seseorang diktator, dalam zaman Rom purba seseorang tokoh dilantik oleh senat akan memegang kuasa mutlak ini selama tujuh tahun.
executive agreementperjanjian eksekutifSejarahTiadaPerjanjian antara Amerika Syarikat dengan kuasa luar yang dilihat oleh bahagian eksekutif tanpa persetujuan senat berkenaan hal-hal yang menjadi rutin biasa sahaja.
NREN (national research and education network)NREN (rangkaian penyelidikan dan pendidikan kebangsaan)Teknologi MaklumatTiadaRangkaian ultragigabit yang ditubuhkan oleh senat Amerika Syarikat untuk kegunaan penyelidikan saintifik dan komuniti universiti.
executive sessionmesyuarat perundangan tertutupSejarahTiadaSesi mesyuarat tertutup badan perundangan yang bertujuan untuk menasihat atau mengawal kuasa eksekutif khususnya tentang perkara sulit, biasa dilakukan di dalam Senat, di Amerika Syarikat.
power eliteelit berkuasaSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan atasan yang mendominasi kuasa politik dan ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Golongan ini mempengaruhi keputusan politik supaya mereka mendapat kelebihan dan keuntungan dari kedudukan tersebut. Jawatan penting dalam pemerintahan ekonomi dan pentadbiran disandang secara berganti-ganti di kalangan mereka tanpa memberi peluang kepada orang lain. Walau bagaimanapun, mobiliti sosial dalam penguasaan elit ini masih terbatas. Contohnya, elit yang menguasai perniagaan alat peperangan dan ketenteraan di Amerika Syarikat yang mempengaruhi dewan senat supaya melancarkan perang bagi kepentingan perniagaan mereka.
General Agreement on Tariffs and Trade (GATT)Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian antarabangsa yang bertujuan untuk menggalakkan perdagangan barangan dengan mengurangkan halangan tarif dan bukan tarif secara beransur-ansur dalam beberapa siri pusingan rundingan. Perjanjian ini adalah reaksi kepada keruntuhan ekonomi dunia akibat langkah peningkatan tarif yang diambil Amerika Syarikat secara satu pihak pada tahun 1930. Perjanjian ini dimeterai pada tahun 1947 hasil Persidangan Bretton Woods dan sepatutnya ia dilaksanakan oleh satu pertubuhan antarabangsa yang khusus iaitu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO). Walau bagaimanapun, ITO gagal diwujudkan kerana tidak dipersetujui Senat Amerika Syarikat dan akhirnya GATT terus berfungsi secara ad hoc tanpa satu institusi formal dan tetap. GATT kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Lihat juga Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Kembali ke atas