Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.dat] | سندت

Definisi : 1. tidak longgar (cincin dll), ketat, sempit: sampai di rumah, dia melucutkan segala pakaiannya yg serba ~ dan terus merebahkan tubuh ke katil; 2. tidak dapat diisi lagi (karung dll), penuh betul, tumpat: pondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dgn manusia; menyendati memenuhi ruang hingga padat, memadati: dia hilang di celah-celah orang ramai yg ~ lorong itu; menyendatkan menjadikan sendat, me­nyum-batkan; tersendat 1. tersumbat (saluran dll), ter-ketat, tersekat: negara-negara maju meng-alami keadaan ~ disebabkan birokrasi pen-tadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat; tersendat-sendat ki tersekat(-sekat), tidak lancar: mereka harus dilatih berbicara dgn tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit; kesendatan keadaan sendat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.dat] | سندت

Definisi : 1 penuh betul dan tidak dpt diisi lagi; tumpat. 2 tidak mudah lalu (bkn cincin dll); ketat. menyendatkan menyebabkan jadi sendat: ~ cincin dgn perca kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendat (adjektif)
1. Bersinonim dengan ketat: sempit, sama padan, terik, sepan, kiat, serat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan penuh: tumpat, penuh sesak, padat, sebu, sebak,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : menyendat, tersendat, tersendat-sendat, kesendatan,

Peribahasa

Masuk ke telinga kanan,
     keluar ke telinga kiri.

Bermaksud :

Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ivy league lookala liga lvyKesenianTiadaSut jaket potongan sama sendat, berlapel tirus, berlengan sendat, dipadankan dengan seluar panjang sama sendat. Biasanya dibuat daripada fabrik flanel kelabu sempena nama pokok menjalar jenis melekap di dinding bangunan. Stail yang pada asalnya dipakai oleh lelaki di Kolej Eastern semasa sukan. Popular pada tahun 1940-an dan 1950-an.
fittedsama sendatKesenianTiadaSama sendat: Keadaan pakaian yang mengikut bentuk badan.
hugger jeansjean sendatKesenianTiadaJean yang sama sendat.
eelskin masher trousersseluar sendat perlenteKesenianTiadaSeluar sama sendat yang dipakai pada pertengahan tahun 1880-an oleh pemuda perlente. Namanya diambil dari keadaan kulit belut.
cupping of skirtsendat pinggulKesenianTiadaBahagian pinggul pakaian yang sama sendat.
cotehardiekotehardiKesenianTiadaPakaian luar sama sendat paras paha, berlengan panjang sendat, garis leher jeluk dan dikancing pada bahagian tengah hadapan ke paras pinggang. Popular pada abad ke-14 dan ke-15.
caracojaket karakoKesenianTiada1. Jaket sut sama sendat paras pinggul yang berpeplum. Buatan pereka pakaian Perancis, Yves St. Laurent pada tahun 1969.,2. Jaket paras paha berbadan sama sendat tanpa kelim pinggang dan kembang ke bawah. Pakaian wanita dari pertengahan abad ke-18.
air locksendat udaraKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Ruang kedap udara yang menyediakan laluan antara dua tempat kerja yang berbeza tekanan. Tekanan persekitaran luar bertekanan atmosfera manakala tekanan lebih tinggi di bahagian dalam ruang kerja. Ruang ini biasanya terdapat di dalam ruang kerja terowong bawah tanah, kapal selam dan bahagian kuarantin hospital. 2. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di dalam aliran cecair dalam sistem perpaipan. Gelembung udara ini boleh menyebabkan aliran cecair tersekat. Aliran masih tersekat selagi udara yang terperangkap tidak dibebaskan. Keadaan ini boleh juga berlaku dalam sistem brek kereta. 3. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di permukaan bahagian acuan dengan plastik suntikan dalam proses suntikan plastik teracu. Kesan sendat udara ini menghasilkan permukaan yang berombak dan kualiti produk yang tidak mencapai standard.
tutututuKesenianTiada1. Pakaian bahagian badan sama sendat, dedah bahu, dipakai bersama-sama skirt tipis bentuk genta, berkedut dan berwarna putih dan labuh paras betis. Kostum penari balet cipta Eugene Lami untuk Maria Taglioni pada tahun 1832.,2. Skrit bertingkat paras peha daripada fabrik net atau fabrik tipis lutsinar yang dipakai bersama-sama pakaian dalam sama sendat daripada fabrik memberi dan kasut balet satin berwarna merah jambu.
frock coatkot frokKesenianTiada1. Kot lelaki paras paha sama ada berbres tunggal atau dubel, sama sendat hingga ke garis pinggang, kemudian mengembang dari garis pinggang ke paha, biasanya berkocek tutup, berbelah bahagian tengah belakang dan berbutang pada garis pinggang. Dipakai dari abad ke-18 hingga ke-19.,2. Jaket sama sendat paras pinggul dipakai oleh wanita pada tahun 1890-an.
12345678910...

Kembali ke atas