Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.déng] | سينديڠ

Definisi : (séndéng) 1. tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang (bahu), rendah sebelah; 2. (Mat) sempadan (pd sesebuah segi tiga tepat) yg letaknya bertentangan dgn sudut tepat; 3. bp agak kurang siuman, kurang ingatannya; ~-mendeng terhuyung-huyung (spt hendak jatuh); bersendeng bersandar: dia tidak duduk terus melainkan ~ pd tempat pegangannya sahaja; bersendengan agak miring (condong, senget) letaknya: kalau angin kencang, layar perahu ~; menyendeng senget atau condong letaknya, miring: seseorang penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh selekoh; menyendengkan meletakkan condong (senget, miring) sedikit, menyengetkan (letak sesuatu); tersendeng-sendeng terhuyung-hayang (spt hendak jatuh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.déng] | سينديڠ

Definisi : (séndeng) IB 1. usaha mubaligh agama Kristian (Protestan); 2. mubaligh agama Kristian (Protestan); rumah sakit (sekolah dll) ~ rumah sakit (sekolah dll) yg diseleng-garakan oleh mubaligh agama Kristian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.déng] | سينديڠ

Definisi : /séndéng/ 1 tidak tegak letak­nya; condong; senget. 2 ki tidak berapa siuman; agak gila. menyendengkan meletakkan sesuatu condong atau miring sedikit; menyengetkan letak sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Semua murid berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan. Jawaban yang diberi oleh buku untuk antonim bagi perkataan 'tegak' ialah 'senget' dan bukan 'condong'. Bolehkah berikan penerangan untuk soalan ini?Menurut Kamus Dewan, condong, miring, sendeng dan senget membawa maksud yang sama. Sehubungan dengan itu, senget boleh digunakan sebagai antonim bagi perkataan tegak.Tatabahasa15.11.2015
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi?

Salam Maal Hijrah 1432,

Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk  identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang  menyerap masuk nilai-nilai  Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi  subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan  mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada  modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003).  Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu  sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724.

 

Salam takzim.

Lain-lain04.12.2010

Kembali ke atas