Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.di.ri] | سنديري

Definisi : 1. tubuh diri yg sebenarnya (bukan wakil dll), diri: tidak ada masa utk memikir-kan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih pen-ting; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain, tidak berhubungan dgn orang lain: apabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~, bolehlah dibayar semua-nya; berkerajaan ~ merdeka; 3. seorang diri, tidak berkawan: pd hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal ~-~ di kamarku; 4. = sendiri-sendiri masing-masing: kedua-dua-nya sedang tenggelam dlm bacaan ~-~; 5. tidak berkaitan dgn orang lain, bukan (ke-punyaan, hak, dll) orang lain; tinggal di rumah ~ bukan di rumah orang lain; 6. tidak termasuk yg lain, dlm kumpulan tertentu sahaja; ber-bunuh sama ~nya berbunuh sesama mereka (tidak dgn orang lain); 7. terpisah (tersisih) drpd yg lain, tidak bersama yg lain, berasingan; 8. Id, bp yg paling (belakang, depan, dll); sendirinya = dgn ~ 1. tidak bercampur (berteman dll) dgn yg lain, seorang diri; 2. secara automatik; bersendiri tidak berteman (berkawan dll), tidak berkaitan dgn yg lain, tersisih (terpisah) drpd yg lain: ejaan bukanlah suatu pelajaran yg ~ atau tidak berkait dgn pelajaran-pelajaran yg lain; terdapat kecenderungan utk ~; menyendiri duduk seorang diri, mengasing-kan (memencilkan, menyisihkan) diri: ia hendak ~ lalu lari dgn diam-diam; menyendirikan mengasingkan drpd yg lain: kemeja yg tanggal butang lebih baik disen-dirikan dahulu; tersendiri 1. tidak sama dgn yg lain, ter-asing: esei memerlukan satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2. tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaan-nya dapat dijalankan dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah; ketersendirian keadaan tersendiri, keunggul-an: banyak teori sastera cenderung utk mewujud-kan ~ sastera sbg satu kategori yg berasingan; sendirian 1. seorang diri, tidak berteman: pd suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau; ia tersenyum ~; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain: pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi; bersendirian 1. berlainan drpd yg umum-nya, tersendiri: keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan (pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut boleh dibahagi-kan kpd penuntut ~ dan penuntut berbia-siswa; 4. tidak berkahwin, membujang: biar-lah saya ~; kebersendirian perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi: isu tentang ~ dlm internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber; kesendirian 1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2. perihal lain drpd yg lain, keistimewaan; persendirian perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan; penyendirian perbuatan mengasingkan (me-nyisihkan, memencilkan) diri, perihal menyen-dirikan sesuatu; penyendiri (orang) yg suka menyendiri, (orang) yg suka mengasingkan diri: seniman bagi Freud adalah seorang ~ yg amat suka mencipta fantasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di.ri] | سنديري

Definisi : 1 tubuh badan atau orang yg sebenarnya (bukan wakil atau yg lain-lain; diri yg sebenarnya: Tuan yg empunya kedai itu ~ yg dikehendaki hadir. 2 tidak dgn bantuan orang lain; tidak berkaitan dgn orang lain; terpisah dr yg lain; berasingan: Saya tinggal di rumah ~. 3 tidak termasuk yg lain; dlm kumpulan itu juga: Mereka bertengkar sesama ~. menyendiri duduk atau tinggal seorang diri; mengasingkan diri: Tidak mungkin aku hidup ~. tersendiri terasing atau terpisah dr yg lain; tidak bersama atau tidak sama dgn yg lain. sendirian seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. bersendirian berada seorang diri; duduk (pergi dsb) seorang diri: Dia ~ di rumahnya. ke­bersendirian keadaan atau sifat bersendiri. persendirian perihal sen­­diri: rumah-rumah ~. penyendiri orang yg suka menyendiri atau suka bersendi­rian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,

Puisi
 

Kalau naik tangga sendiri,
     Jangan pula takut terjongkit;
Dipandang orang berlari-lari,
     Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Macam orang biduk.

Bermaksud :

Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(203)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
Dutchadj; a ~ treat, belanja /sendiri-sendiri, masing-masing/; ~ wife, bolster, bantal /peluk, guling, golek/; double ~, (colloq) entah apa-apa: yesterday’s talk which was full of medical jargon was ~ to me, pd saya, ceramah semalam yg penuh dgn jargon perubatan entah apa-apa; go ~, (colloq) belanja /sendiri-sendiri, masing-masing/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
self-imposedadj dibebankan pd diri sendiri: a ~ task, tugas yg dibebankan pd diri sendiri; ~ restrictions, sekatan-sekatan yg dibebankan pd diri sendiri; ~ exile, sendiri membuang diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
oneselfif one talks to ~ in public, people often look at one, kalau kita bercakap sendiri di tempat umum, kita sering dipandang orang; b. (stressed) dirinya sendiri, diri kita sendiri: if no one else is prepared to offer assistance, one has to defend ~, kalau orang lain tdk bersedia menolong, seseorang terpaksa mempertahankan dirinya sendiri or kita terpaksa mempertahankan diri kita sendiri; 2. (stressed emphatic form of one) sendiri: there are some jobs that one can’t do ~, ada tugas tertentu yg tdk dapat dilakukan oleh seseorang sendiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ourselves(all) by ~, sendiri: we did it all by ~, kami membuatnya sendiri; we were by ~ most of the time, kebanyakan masanya, kami tinggal sendiri; sometimes, we like being by ~, kadang-kadang, kita suka tinggal sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alone2. unaided, sendiri: my son can now walk ~, anak saya sekarang sudah dapat berjalan sendiri; he built this house ~, rumah ini dibinanya sendiri; 3. (after n) a. without considering other instances, sendiri: our country ~ produces two million metric tons each year, negara kita sendiri mengeluarkan dua juta tan metrik tiap-tiap tahun; b. to the exclusion of all else,, semata-mata: wealth ~ doesn’t guarantee happiness, kekayaan semata-mata belum menjamin kebahagiaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ownadj & pron sendiri: I saw it with my ~ eyes, saya melihatnya dgn mata saya sendiri; the children spent their ~ money on the gift, kanak-kanak itu menggunakan wang mereka sendiri utk membeli hadiah tersebut; he had his ~ reasons for doing it, dia mempunyai sebab-sebabnya sendiri mengapa dia melakukannya; my time is not my ~, waktuku bukanlah milikku sendiri; there is nothing here I can call my ~, tiada apa pun di sini yg boleh dikatakan milik saya sendiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
myself2. (used to emphasize the speaker or writer) sendiri: I interviewed him ~, saya sendiri yg menemuduganya; I saw it ~, saya sendiri yg nampak benda itu; I didn’t go ~, but asked my assistant to go, saya sendiri tdk pergi, tetKamus Inggeris-Melayu Dewan
do-it-yourselfn kerja bertukang sendiri: ~ books, buku kerja bertukang sendiri; ~ shop, kedai kelengkapan bertukang sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backfire~ on so., /menikam, makan/ diri (sso) sendiri, menimbulkan akibat yg menimpa diri (sso) sendiri, terkena pd batang hidung sendiri, berkesudahan sebaliknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
home-grownadj ditanam sendiri; (in o’s own country) ditanam di negara sendiri: ~ vegetables, sayur-sayuran yg ditanam sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas