Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.di.ri] | سنديري

Definisi : 1. tubuh diri yg sebenarnya (bukan wakil dll), diri: tidak ada masa utk memikir-kan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih pen-ting; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain, tidak berhubungan dgn orang lain: apabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~, bolehlah dibayar semua-nya; berkerajaan ~ merdeka; 3. seorang diri, tidak berkawan: pd hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal ~-~ di kamarku; 4. = sendiri-sendiri masing-masing: kedua-dua-nya sedang tenggelam dlm bacaan ~-~; 5. tidak berkaitan dgn orang lain, bukan (ke-punyaan, hak, dll) orang lain; tinggal di rumah ~ bukan di rumah orang lain; 6. tidak termasuk yg lain, dlm kumpulan tertentu sahaja; ber-bunuh sama ~nya berbunuh sesama mereka (tidak dgn orang lain); 7. terpisah (tersisih) drpd yg lain, tidak bersama yg lain, berasingan; 8. Id, bp yg paling (belakang, depan, dll); sendirinya = dgn ~ 1. tidak bercampur (berteman dll) dgn yg lain, seorang diri; 2. secara automatik; bersendiri tidak berteman (berkawan dll), tidak berkaitan dgn yg lain, tersisih (terpisah) drpd yg lain: ejaan bukanlah suatu pelajaran yg ~ atau tidak berkait dgn pelajaran-pelajaran yg lain; terdapat kecenderungan utk ~; menyendiri duduk seorang diri, mengasing-kan (memencilkan, menyisihkan) diri: ia hendak ~ lalu lari dgn diam-diam; menyendirikan mengasingkan drpd yg lain: kemeja yg tanggal butang lebih baik disen-dirikan dahulu; tersendiri 1. tidak sama dgn yg lain, ter-asing: esei memerlukan satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2. tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaan-nya dapat dijalankan dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah; ketersendirian keadaan tersendiri, keunggul-an: banyak teori sastera cenderung utk mewujud-kan ~ sastera sbg satu kategori yg berasingan; sendirian 1. seorang diri, tidak berteman: pd suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau; ia tersenyum ~; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain: pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi; bersendirian 1. berlainan drpd yg umum-nya, tersendiri: keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan (pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut boleh dibahagi-kan kpd penuntut ~ dan penuntut berbia-siswa; 4. tidak berkahwin, membujang: biar-lah saya ~; kebersendirian perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi: isu tentang ~ dlm internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber; kesendirian 1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2. perihal lain drpd yg lain, keistimewaan; persendirian perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan; penyendirian perbuatan mengasingkan (me-nyisihkan, memencilkan) diri, perihal menyen-dirikan sesuatu; penyendiri (orang) yg suka menyendiri, (orang) yg suka mengasingkan diri: seniman bagi Freud adalah seorang ~ yg amat suka mencipta fantasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di.ri] | سنديري

Definisi : 1 tubuh badan atau orang yg sebenarnya (bukan wakil atau yg lain-lain; diri yg sebenarnya: Tuan yg empunya kedai itu ~ yg dikehendaki hadir. 2 tidak dgn bantuan orang lain; tidak berkaitan dgn orang lain; terpisah dr yg lain; berasingan: Saya tinggal di rumah ~. 3 tidak termasuk yg lain; dlm kumpulan itu juga: Mereka bertengkar sesama ~. menyendiri duduk atau tinggal seorang diri; mengasingkan diri: Tidak mungkin aku hidup ~. tersendiri terasing atau terpisah dr yg lain; tidak bersama atau tidak sama dgn yg lain. sendirian seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. bersendirian berada seorang diri; duduk (pergi dsb) seorang diri: Dia ~ di rumahnya. ke­bersendirian keadaan atau sifat bersendiri. persendirian perihal sen­­diri: rumah-rumah ~. penyendiri orang yg suka menyendiri atau suka bersendi­rian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,

Puisi
 

Kalau naik tangga sendiri,
     Jangan pula takut terjongkit;
Dipandang orang berlari-lari,
     Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Macam orang biduk.

Bermaksud :

Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(203)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pendebungaan sendiriself-pollinationProses pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga yang sama atau bunga lain dalam tumbuhan yang sama.Menengah Rendah
pengeluarproducerOrganisma yang menghasilkan makanannya sendiri. Contohnya, tumbuh-tumbuhan hijau menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.Menengah Rendah
bersendiriansolitaryKeadaan haiwan yang hidup sendiri sepanjang masa kecuali ketika musim mengawan. Haiwan hidup bersendirian untuk mengelakkan persaingan mendapatkan makanan, pasangan atau kawasan.Sekolah Rendah
autotrofautotrophOrganisma yang membina makanannya sendiri dengan menggunakan bahan tak organik yang ringkas, seperti karbon dioksida, nitrogen, dan hidrogen sulfida. Contohnya, fototrof, tumbuhan hijau, yang menggunakan sumber tenaga matahari, dan kemotrof.Menengah Atas
pengeluarproducerOrganisma yang boleh menghasilkan makanannya sendiri. Pengeluar terdiri daripada tumbuh-tumbuhan.Sekolah Rendah
penggunaconsumerOrganisma yang tidak boleh menghasilkan makanannya sendiri. Organisma ini terdiri daripada kumpulan haiwan karnivor, herbivor, omnivor, parasit, atau pengurai.Sekolah Rendah
heterotrofheterotrophOrganisma yang tidak dapat mensintesis makanan sendiri dan bergantung kepada bahan-bahan organik untuk pemakanan yang kompleks.Menengah Atas
klorofilchlorophyllBahan hijau pada daun yang membolehkannya membuat makanan sendiri dengan kehadiran cahaya matahari, air dan karbon dioksida. Lihat RajahSekolah Rendah
basilusbacillusBakteria daripada genus Bacillus, yang berbentuk rod, biasanya boleh bergerak sendiri menggunakan flagelum. Lihat RajahMenengah Atas
autolisisautolysisPecahnya sesuatu sel atau sebahagian daripada komponennya melalui tindakan enzim hidrolisis sel itu sendiri.Menengah Atas
12

Kembali ke atas