Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sendiri-sendiri

Puisi
 

Kalau naik tangga sendiri,
     Jangan pula takut terjongkit;
Dipandang orang berlari-lari,
     Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Macam orang biduk.

Bermaksud :

Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(203)


Pantun

PantunSumberTema
Ayam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau naik tangga sendiri, Jangan pula takut terjongkit; Dipandang orang berlari-lari, Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Yang berakit sama ke hulu, Bila berenang basah sendiri; Sedang sakit minta dibantu, Sudah senang makan sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila bermalam di rumah orang, Jangan dianggap rumah sendiri; Apabila meminjam hak milik orang, Jangan dianggap hak milik sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Boleh buat titi, Titi jalan mati; Sendiri tuan rugi, Syaitan puas hati,Pantun Melayu SarawakBudaya
Yang ringan sama diangkat, Bila berat pikul sendiri; Orang penyegan suka menjilat, Makan kuat sebakul sehari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Berbuah macang dimakan ungka, Ada angin gugur sendiri; Salah cencang tangan terluka, Salah pemimpin hancur negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Untung sekali menebang macang, Kalau dimakan kenyang sendiri; Untung sekali orang nan pincang, Kalau berjalan seperti menari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123456789

Kembali ke atas