Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[séng] | سيڠ

Definisi : (séng) Id zink; kepalanya sudah beratap ~ ki rambutnya sudah beruban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Gabungkan ayat tunggal dengan kata hubung supaya menjadi ayat majmuk. 1. Kok Seng mengutip sampah. Kok Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. (lalu) Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Adakah ayat majmuk di atas betul? Sekian, terima kasih.Gabungan ayat "Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah', tidak ada kesalahan dan boleh digunakan. Untuk makluman, lalu ialah kata hubung gabungan yang berfungsi menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Kata hubung gabungan terletak pada pertengahan ayat dan ayat yang terbentuk disebut ayat majmuk gabungan. Ini bermakna, tidak ada yang salah dengan struktur ayat tersebut.Tatabahasa18.07.2016
Salam sejahtera, Gabungkan ayat-ayat tunggal berikut menjadi ayat majmuk. 1.Kok Seng mengutip sampah. 2.Kok Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan: 1.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang sampah ke dalam tong sampah. 2.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah. 3.Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Ayat majmuk yang mana satu betul ? Sekian , terima kasih.Ayat majmuk yang betul ialah Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Tatabahasa20.07.2016
Pertanyaan: Adakah betul struktur ayat berikut? Ayah Yap Seng menghantarnya dengan menaiki kereta ke sekolah.Ayat :Ayah Yap Seng menghantarnya dengan menaiki kereta ke sekolah.
Ayat yang betul: Ayah Yap Seng menghantarnya ke sekolah dengan kereta.
Tatabahasa25.06.2014
saya tee seng hock ,hari isnin.dafter tapi sampai sekarang belum dapat. jawapan.Jika Khidmat Pengesahan Bahasa DBP yang tuan maksudkan, sila hubungi kami di talian 03-21479692/9691 dan maklumkan nombor pendaftaran untuk tindakan segera pihak kami.Lain-lain08.01.2015
Akhirnya Hock Seng dapat mendamaikan kedua-dua orang sahabatnya yang bercanggahan pendapat. munsyi, bercanggahan atau bercanggah sesuai digunakan, TQKedua-duanya betul, luntuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bercanggah.Tatabahasa13.02.2012
1. Apakah jenis ayat berikut ? (ayat penyata ? ) Baiklah, ibu. 2. Jawapan (a) atau (b) yang betul apabila menggabungkan kedua-dua ayat berikut ? Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak. b) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. TQ.Baiklah, ibu. (Ayat Penyata) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata

Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis.
a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak.
Tatabahasa09.10.2012
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak? 1. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dan Roslina. 2. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina. 3. Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Manakah ayat di atas adalah betul dan gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina dan Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.Tatabahasa29.06.2016
Soalan1: Kim Seng merangkul tempat _________manakala _______orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. a) kedua....kedua-dua b) pertama...dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan a salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah b. Soalan 2: Puan Maria membeli _________pasang kasut itu. a) dua b) kedua-dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan b salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah a. Terima kasih.Kim Seng merangkul tempat pertama manakala kedua-dua orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. Merangkul bermaksud mencapai kemenangan, iaitu menjadi johan atau mendapat tempat pertama. Tatabahasa11.07.2020
ADAKAH INI AYAT MAJMUK 1. KIM SENG BERGAMBAR BERSAMA-SAMA DENGAN KELUARGANYA DI LADANG ANGGUR.Ini ayat tunggal, bukan ayat majmuk.Tatabahasa19.10.2015
Salam sejahtera. Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Pak Cik Seng gigih mengusahakan ladang kelapa sawit bersama-sama isterinya. Pilih perkataan seerti bagi gigih. A tekun. B tabah. C rajin. D malasPerkataan tekun, tabah dan rajin mempunyai makna yang hampir sama, namun jawapan yang paling hampir, iaitu seerti dengan gigih ialah tabah. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri; tabah bermaksud tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dengan penuh semangat dan azam, berani,cekal demi mencapai kejayaan, kecemerlangan. Manakala tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh.Makna03.07.2014
12

Kembali ke atas