Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : = dgn ~ 1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat tingkah laku Iskandar yg ~ itu; menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja; menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan; kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : memang diniatkan atau dimak­sudkan begitu; memang dgn niat ter­lebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg se­ngaja: Saya ~ supaya dia tahu akan ke­hadiran saya. menyengajakan me­la­kukan dgn sengaja: Perbalahan itu me­mang disengajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengaja (kata kerja)
Bersinonim dengan memang berniat, asa, sengeleng, sahaja;,
Kata Terbitan : bersengaja, menyengajakan, kesengajaan,

Puisi
 

Cik Ali menikam pari,
     Tala suntung tala sumpit;
Bukan sengaja saya ke mari,
     Bawa pantun dengan nasib.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Korek lubang ulat.

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vegetation remaintinggalan tumbuhanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahan yang dijumpai semasa kerja ekskavasi yang ditinggalkan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Tinggalan secara sengaja dilakukan oleh manusia manakala tidak sengaja dilakukan oleh binatang. Tinggalan tumbuhan ini dapat menentukan keadaan alam sekitar, jenis makanan, corak pemakanan dan jenis budaya sesuatu tapak. Tinggalan ini juga boleh dijadikan bahan untuk menentukan umur sesuatu budaya. Contohnya, padi, kekacang, debunga dan jagung.
microbial contaminationkontaminasi mikrobMakanan dan PemakananMakananPendedahan secara tak sengaja atau sengaja bahan berjangkit seperti bakteria, yis, kulat, virus, prion, protozoa atau toksin serta produk sampingannya.
overdosedos berlebihanFarmasiFarmakologiAgen, drug terapeutik atau narkotik yang diambil berlebihan secara sengaja atau tidak sengaja. Keadaan ini berlalu apabila seseorang mengambil agen tersebut melebihi dos yang disyorkan sehingga boleh mendatangkan mudarat atau boleh menyebabkan kematian.
slag codekod lebihanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKod pengaturcaraan yang bertindak bom logik yang disertakan secara sengaja atau tidak sengaja bersama kod atur cara yang lain dalam suatu perisian. Kod lebihan ini direka bentuk untuk menjalankan arahan pada masa atau keadaan pada sistem tertentu. Tindakan yang mungkin berlaku adalah arahan henti sepenuhnya pada perisian tersebut tanpa mengambil kira aktiviti lain yang sedang dijalankan oleh perisian. Contohnya, tetingkap amaran tanpa maklumat yang ditulis sebagai kod jerat sementara, mungkin akan terpapar pada setiap ralat yang dilakukan oleh sistem.
neutralizationperkecualianSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan atau mengembalikan sifat tidak memihak kepada sesebuah negara, pertubuhan atau individu yang berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Proses ini berlaku sama ada secara paksaan, pembujukan atau sukarela. Contohnya, tindakan Dr. Chandra Muzaffar meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan merupakan satu tindakan peneutralan sikap politik beliau. Sinonimpeneutralan.
operational data securitykeselamatan data pengendalianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKawalan yang dikenakan oleh sistem pengendalian atau perisian untuk memastikan data yang diperlukan dalam bentuk tertentu sentiasa terlindung daripada sebarang perubahan dan pendedahan sama ada secara sengaja, tidak sengaja, atau terlarang semasa pengendalian input, pemprosesan dan output.
mixed fountsfon bercampurPentadbiran PerniagaanTiadaFon atau gaya huruf yang mempunyai lebih daripada satu jenis yang dicetak pada sekeping setem sama ada sengaja atau tidak sengaja.
AIS securitykeselamatan AISTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerLangkah dan kawalan yang melindungi suatu sistem AIS daripada serangan oleh pengguna hasad, sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Kawalan ini meliputi kefungsian perkakasan atau perisian, ciri, tatacara dan kawalan capaian sistem itu sendiri. Sinonim keselamatan pemprosesan data berautomasi.
decorationhiasanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLorekan atau corak yang terdapat pada sesuatu objek atau artifak yang dibuat oleh manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Hiasan dapat dihasilkan dengan menggunakan hematit, digores dan menggunakan acuan. Sebahagian daripada hiasan mempunyai maksud simbolik dan magis. Dalam data arkeologi, hiasan kerap ditemui pada tembikar tanah, monumen keagamaan dan dinding gua.
data securitykeselamatan dataTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerlindungan data daripada sebarang pengubahan, pemusnahan, pembongkaran, penafian khidmat atau penghantaran data oleh pengguna tidak sah secara sengaja ataupun tidak sengaja.
12345678910...

Kembali ke atas