Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ngat] | سڠت

Definisi : sj alat yg tajam lagi berbisa yg terdapat pd beberapa jenis serangga dan binatang-binatang lain (labah-labah, lipan, kala, ikan keli, dsb), antup; spt lebah, mulut membawa madu, pantat membawa ~ prb perempuan yg elok parasnya dan manis tutur bahasanya tetapi buruk dan jahat kelakuannya; bersengat 1. ada sengatnya; 2. ki disegani (ditakuti dll) orang; menyengat 1. menikam dgn sengat (lipan dll), mengetip dgn sengat: seekor kala jeng-king tanah ~ tapak tanganku; 2. ki tajam (bkn kata-kata, sindiran, dsb), berbisa: kata-katanya ~; sengatan hasil (akibat) drpd perbuatan menyengat: tekanan darah mangsa ~ menurun secara mendadak; penyengat sj serangga yg bersengat; jenis-jenis: Ropalidia spp., Vespa auraria, Provespa anomala dll; memelihara ~ dlm baju prb menaruh musuh dlm rumah tangga sendiri akhirnya tentu akan mendapat kecelakaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngat] | سڠت

Definisi : alat yg tajam lagi berbisa yg biasa terdapat pd binatang-binatang kecil (spt lebah, lipan, kala). menyengat mengenakan sengat pd; menusuk dgn sengat: Sarang tebuan itu pun pecah dan berkerumunlah tebuan ~ harimau. penyengat berbagai-bagai serangga yg bersengat terutamanya jenis lebah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengat (kata nama)
Bersinonim dengan antup, tandik, sundak;,
Kata Terbitan : bersengat, menyengat, penyengat,

Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. yang mana satu betul: a) kaya raya / kaya-raya b) disengat / di sengat c) hubungkait / hubung kait 2. apa beza perkataan di bawah dan yang mana penggunaan yang betul? a) peha:paha b) pernyataan : penyataan1. Kaya-raya
2. Disengat
3. Hubung kait
4. Ejaan yang betul ialah paha, manakala ejaan peha dianggap tidak baku dan tidak digunakan dalam konteks rasmi walaupun sebutan peha lebih kerap kita dengari.
5. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089.
Ejaan06.08.2014
Bolehkah kita kata "nyamuk menyengat manusia"? ataupun "nyamuk menggigit manusia"? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "nyamuk menggigit manusia". Menyengat digunakan untuk serangga atau binatang kecil yang mempunyai sengat seperti lebah, lipan dan kala jengking.Tatabahasa28.04.2012
"Obor-obor" (ejaan perkataan yang digunakan merata-rata) tiada dalam Kamus Bahasa Melayu - kerana rupa-rupanya, ejaan sebenarnya ialah "ubur-ubur". Tapi di bahagian Istilah MABBIM, perkataan "obor-obor" pula digunakan. Boleh beri pencerahan tentang ejaan ini? Terima kasih.Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1554 dan 2454):

obor-obor  ► ubur-ubur

ubur-ubur1 kata nama 
haiwan laut tidak bertulang belakang, berbadan lembut dan kebanyakannya lut sinar, bentuk badannya seperti payung yang terbuka, bersesungut terjurai ke bawah, dan sesetengah spesies mempunyai sengat yang beracun untuk menangkap mangsa dan mempertahankan diri;
sinonim: ampai-ampai; lambur;
Nama saintifik: Rhopilema esculenta

Kata padanan bagi jelly fish yang telah disepakati MABBIM juga pengesahan pakar bidang Perikanan, Sains Marin dan Geografi ialah ubur-ubur atau ampai-ampai.

Kami mengambil maklum tentang hal ejaan kata ini.
Ejaan24.05.2023

Kembali ke atas