Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ngih] | سڠيه

Definisi : ; menyengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (sehingga menampakkan gigi); menyengihkan = ~ gigi membuka mulut sedikit dan menampakkan gigi: ~ gigi putih-nya yg panjang-panjang; tersengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (dan menampakkan gigi): anak-anak-nya ~ kegelian melihat telatah emak mereka; tersengih-sengih tersenyum-senyum dgn terbuka mulut dan menampakkan gigi sedikit: Noorain ~ melihat gelagat Kamarul; dilihat-nya Azman ~ kesukaan; sengihan hasil perbuatan menyengih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngih] | سڠيه

Definisi : ; menyengih membuka mulut sedikit sehingga menampakkan gigi. tersengih terbuka sedikit mulutnya sehingga kelihatan giginya: Kami semua ~ melihat kelucuannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengih
Kata Terbitan : menyengih, tersengih, sengihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya selalu keliru dengan kata dari/daripada, seperti dalam ayat berikut yang manakah betul? (1)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARI mulut Adi tanpa disedarinya. (2)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARIPADA mulut Adi tanpa disedarinya. (3)Dia mahu mendengar sendiri DARI mulut Tina. (4)Dia mahu mendengar sendiri DARIPADA mulut Tina. (5)“Madihah…! Madihah…!” Panggilan DARI mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (6)“Madihah…! Madihah…!” Panggilan DARIPADA mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (7)"Kalau berubah bukan DARI hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah.” (9)"Kalau berubah bukan DARIPADA hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah.” (10)Berubah DARI perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (11)Berubah DARIPADA perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (12)Azeera duduk tidak jauh DARI mereka. (13)Azeera duduk tidak jauh DARIPADA mereka. (14)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARI hati yang ikhlas." (15)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARIPADA hati yang ikhlas." (16)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DALAM mimpinya. (17)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DI DALAM mimpinya. Terima kasih.Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan “Madihah, Madihah!” Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268.Tatabahasa19.05.2012

Kembali ke atas