Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (séngkang); menyengkang (ber­jalan, berdiri, dll) dgn kaki terbuka, mengang-kang: duduk ~; tersengkang terangkat sebelah (kaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. palang drpd kayu dll (pd pintu, penyokong tiang, kekang, dll): apabila ada ~-~ bangku itu yg galir atau longgar hendak-lah segera diketatkan segala pasaknya; 2. ark garisan pusat (pd sesuatu bulatan); 3. = tanda ~ tanda yg menceraikan suku kata dll, sempang; ~ bajang palang yg hujung tiap-tiap balaknya berbentuk ekor ikan; ~ merah Id palang merah; menyengkang 1. membubuh palang (pd pintu, tiang, dll), menyokong dgn palang; 2. meletakkan sesuatu pd mulut dll supaya terus ternganga (terbuka): kelopak matanya spt disengkang-sengkang dgn kayu agar terus celik; bersengkang; ~ mata menahan diri drpd tidur, berjaga (tidak tidur) hingga larut malam; tersengkang 1. terbuka sentiasa kerana di-sengkang (mulut dll); 2. terletak atau terhenti melintang (pd kerongkongan dll), menyeng-kang: penuh di dlm mulutnya dgn nasi dan daging serta sekerat tulang kerbau ~ di mulutnya; penyengkang kuda-kuda (pd biola). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /séngkang/; menyengkang berjalan dgn kaki terbuka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 kayu panjang yg digunakan utk memalang pintu (menguatkan kaki meja dll); kayu palang: Mana-mana ~ bangku yg galir hendaklah diketatkan. 2 = tanda ~ tanda yg berupa garis pendek melintang utk menceraikan perkataan. menyengkang 1 mema­sang sengkang pd sesuatu supaya menjadi lebih kukuh; menyokong dgn kayu palang. 2 menaruh kayu dsb pd mulut supaya terus ternganga agar tidak dpt menggigit, atau pd sesuatu supaya terus terbuka. tersengkang 1 terbuka kerana disengkang (bkn mulut dll). 2 terletak melintang (spt tulang pd kerongkongan): Dua tiga kali dia menelan nasi kepal utk melalukan tulang ikan yg ~ di tekaknya. penyengkang 1 kuda-kuda pd biola. 2 sesuatu yg menyengkang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengkang (kata nama)
1. Bersinonim dengan palang: bantalan, bantal-bantal, kekang,

2. Bersinonim dengan tanda sengkang: sempang

Kata Terbitan : menyengkang, bersengkang mata, tersengkang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan sengkang em (em dash) dan sengkang en(en dash)? Mohon penjelasan lanjut dari pihak tuan/puan. Terima kasih.Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi:

1.  Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat:

     Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri.

2.  Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah.  Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan.

     Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua   Kampung.

3.  Menggantikan perkataan "hingga"

     Jun - Oktober
     Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980

Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk :

1.  Menegaskan ejaan sesuatu perkataan

     k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g

2.  Menunjukkan pertuturan yang tidak lancer.

     "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup.

3.  Memisahkan angka yang berbeza fungsi.

     03-2481011                               3016280-07-1

4.  Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.

     Indo-Belanda    anglo-China

5.  Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas.

     anti-Rusia   

6.  Menunjukkan kata ganda.

     beribu-ribu     guru-guru         anak-anak kecil

7.   Pelbagai fungsi.

      Ulang tahun ke-25
      Tahun 60-an
Lain-lain11.06.2015
penggunaan simbol sengkang ( / ) selepas penggunaan sengkang perlu jarak atau tidak perkataan berikutnya. contoh: 1. jabatan/ agensi yang terlibat. 2. jabatan/agensi yang terlibat. antara 2 contoh di atas yang mana betul?Tanda (/) atau dikenali sebagai Tanda Garis Miring yang berfungsi sebagai pengganti kata "atau" tidak perlu dijarakkan, contohnya jabatan/agensi yang terlibat,Lain-lain22.03.2011
1) Terangkan dengan lebih terperinci penggunaan perkataan sengkang. 2) Adakah penggunaan perkaatan sengkang yang mewakili (-) masih diguna pakai pada masa kini? 3) Maksud dash (-) dalam Basa Melayu.

1)    1)  Penggunaan tanda sengkang adalah seperti yang berikut:

i.  Kata ulang (contoh: anak-anak).
ii. Menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris.
iii.Memperjelaskan ungkapan (contoh: k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g).
iv.Merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil (contoh: hamba-Mu, pro-Malaysia).
v. Merangkaikan “ke” dengan angka (contoh: ke-25).
vi.Hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah (contoh: alat pandang dengar).

Tanda sengkang yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan.

Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea (contoh: Segala impiannya – harta dan pangkat musnah akibat perbuatannya sendiri) atau menggantikan perkataan hingga, seperti Jun – September.

2) Tanda sengkang masih diguna pakai sehingga kini.

3) Maksud dash (-) dalam Bahasa Melayu ialah sengkang atau sempang. Sengkang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang.

3)  

Lain-lain06.05.2020
Perlukah ada sengkang (-) di antara bergotong dan royong bagi perkataan bergotong royong ? bergotong royong atau bergotong-royong ?Ejaan yang betul ialah bergotong-royong.Ejaan27.08.2014
Perlukah ada sengkang (-) di antara berjimat dan cermat bagi perkataan berjimat cermat ? berjimat cermat atau berjimat-cermat ?Ejaannya ialah berjimat cermat.Ejaan26.08.2014
Apakah terjemahan "dash" dan "hyphen" ? Dalam bahasa Inggeris ada perbezaan antara kedua-duanya.Terjemahan bagi dash dan hyphen ialah tanda sempang/sengkang. Dalam bahasa Melayu yang berbeza ialah (tanda) sempang/sengkang dan tanda pisah.

Sengkang ialah tanda garis melintang yang lebih pendek daripada tanda pisah yang terdapat dalam kata ganda, untuk menghubungkan angka tahun dengan akhiran -an dsb, misalnya dalam perkataan usik-mengusik dan 1990-an;
Kata sinonimnya ialah sempang; tanda sempang; tanda sengkang;

Tanda pisah ialah tanda (–) yang panjangnya satu en yg digunakan untuk memisahkan keterangan sesuatu idea, aliran fikiran penulis dsb, atau menggantikan perkataan hingga.
Contoh penggunaannya ialah:
1. Novel yang dibacanya itu meninggalkan pelbagai kesan pd dirinya – sedih, gembira, marah, kesal.
2. Jun – Oktober;

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Tanda Baca.

Lain-lain10.09.2023
bersopan santun mempunyai sengkang di antara atau tidak? perlu tulis berspan santun atau bersopan-santun?? Terima kasih....Perkataan bersopan santun dieja tanpa tanda sengkang.Tatabahasa03.07.2013
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggabungan bahasa Inggeris. Contoh : internalnya. Perlukah diletakkan sengkang 'internal-nya' atau 'internalnya'? Jika internalnya, tanpa sengkang, haruskah diitalikkan internal sahaja? Begitu juga dengan perkataan arab yang berimbuhan? Diitalikkan kata asingnya sahaja? Sekian, terima kasih.

Padanan untuk kata bahasa Inggeris ‘internal’ ialah ‘dalaman”. Peraturan bahasa Melayu tidak membenarkan perkataan bahasa Melayu digabungkan dengan perkataan bahasa lain, kecuali perkataan asing tersebut telah diserap dalam bahasa Melayu dan melalui proses pembentukan istilah bahasa Melayu. Kata pinjaman harus dieja miring (italik) dalam bahasa Melayu.

Penyemakan dan penterjemahan17.01.2015
Salam sejahtera, penggunaan tanda sempang/tanda sengkang dari segi sebutan, adakah e pepet atau e taling? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu, sebutan 'e' bagi perkataan sempang dan sengkang menggunakan sebutan e pepet.Lain-lain23.06.2020
Salam Tuan,, manakah yang betul, kempen antikutu sampah (antikutu satu perkataan), atau kempen anti-kutu sampah ( ada tanda sengkang) atau kempen anti kutu sampah ( tiada tanda sengkang) Mohon penjelasan segera tuan. Terima kasih.

Salam Encik Musa,

Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi.

Dalam konteks perkataan di atas antikutu sampah perlu ditulis rapat.

Ejaan24.08.2012
1234

Kembali ke atas