Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.ja.ta] | سنجات

Definisi : 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.ja.ta] | سنجات

Definisi : alat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika ber­kelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai mem­beri bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing di­percayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
senjata konvensionalsenjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perang atomperang dgn menggunakan senjata-senjata atom;Kamus Dewan Edisi Keempat
membandingimengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
kecanggihanperihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak;Kamus Dewan Edisi Keempat
senjataalat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika ber­kelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai mem­beri bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing di­percayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ofensif(ofénsif) bp 1. bersifat, cenderung atau di­gunakan utk menyerang (bkn senjata, tin­dakan dsb): para penunjuk perasaan juga dikatakan ada membawa senjata-senjata ~; 2. menyakitkan atau memanaskan hati (bkn kata-kata, kenyataan dsb), menyelar, meng­hina: jangan mengeluarkan kata-kata yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
nuklear(nukléar) berkaitan dgn nukleus atom; peperangan ~ peperangan yg memakai sen­jata dgn tenaga atom; senjata ~ senjata yg menggunakan tenaga atom.Kamus Dewan Edisi Keempat
konvoi1. sekumpulan kapal perang yg meng­iringi kapal-kapal lain utk melindunginya drpd serangan: senjata-senjata ~ menembak ke langit menentang serangan kapal-kapal terbang musuh; 2. kumpulan kapal per­dagangan dll yg dilindungi kapal lain: beberapa buah kapal drpd ~ tersebut telah ditenggelamkan; 3. sekumpulan kenderaan darat yg berjalan bersama-sama; berkonvoi berjalan bersama-sama, beriring-­iringan atau bersaingan dgn menaiki sekum­pulan kereta, motosikal dsb: hari kedua perjalanan rombongan secara ~ memulakan perjalanan selepas bersarapan pagi; lima buah bas ~ membawa para penyokong pasukan bola sepak negeri itu ke stadium pd petang ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyerukan2 menganjurkan atau mengusulkan (bkn ajaran agama, pendapat dsb): Apalah gunanya mereka ~ perdamaian, jika mereka sendiri terus mengeluarkan senjata- senjata moden.Kamus Pelajar
seru I; berseru2 menganjurkan atau mengusulkan (bkn ajaran agama, pendapat dsb): Apalah gunanya mereka ~ perdamaian, jika mereka sendiri terus mengeluarkan senjata- senjata moden.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas