Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.ja.ta] | سنجات

Definisi : 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.ja.ta] | سنجات

Definisi : alat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika ber­kelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai mem­beri bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing di­percayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radiological warfarepeperangan radiologiKejuruteraanTiadaPeperangan yang melibatkan senjata-senjata nuklear yang menghasilkan keradioaktifan.
light weaponsenjata ringanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJenis senjata yang dicipta untuk kegunaan sama ada oleh seorang, dua atau tiga orang individu sahaja. Antara senjata ini termasuklah mesingan universal, mesingan sederhana, mesingan berat, pelancar bom tangan, senapang antipesawat mudah alih, senapang recoilless, pelancar mudah alih dan roket sistem antikereta kebal. Senjata-senjata ini sering digunakan dalam konflik yang berlaku di seluruh dunia yang menyebabkan kecederaan dan kematian.
air launchedpelancaran udaraAeroangkasaTiadaPelepasan senjata dari pesawat udara semasa penerbangan, contohnya senjata roket.,Pelepasan senjata dari pesawat udara semasa penerbangan, contohnya senjata roket.
arms controlkawalan senjataSains PolitikHubungan AntarabangsaKawalan bagi mengekang pemilikan, penyebaran dan keupayaan ketenteraan sesebuah negara. Kawalan senjata juga merangkumi sebarang bentuk tindakan yang boleh mendorong sesebuah negara mengendalikan persenjataan secara terbatas ketika menghadapi krisis. Keperluan kepada dasar kawalan senjata dalam hubungan antarabangsa adalah berasaskan andaian bahawa persaingan persenjataan merupakan satu fenomena yang akan berterusan dan berkekalan dalam kancah politik dunia. Oleh itu, dasar ini merupakan satu bentuk tindakan pemaksaan secara positif. Perspektif ideologi ahli teori politik antarabangsa menegaskan terdapat perbezaan antara kawalan senjata dengan dasar pelucutan senjata. Pihak yang memperjuangkan pelucutan senjata berpegang kepada prinsip dunia tanpa persenjataan, manakala pihak yang memperjuangkan kawalan senjata menekankan prinsip pembangunan persenjataan yang terkawal.
armisticegencatan senjataUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan pihak berperang menamatkan pertempuran dalam sesuatu peperangan. Gencatan senjata boleh berlaku secara sementara tetapi tidak semestinya bermaksud menamatkan peperangan. Pihak berperang mungkin akan bersengketa semula sebaik sahaja gencatan senjata tamat. Walau bagaimanapun, sekiranya gencatan senjata kekal dapat dicapai, hal tersebut boleh membawa kepada tamatnya peperangan.
nuclear weapons non-proliferationketakleluasaan senjata nuklearKejuruteraanTiadaKetaktambahan bilangan senjata nuklear sama ada dalam negara-negara yang sudah mempunyai senjata nuklear atau negara-negara yang belum mempunyainya.
unconventional warperang bukan konvensionalSains PolitikPolitik PerbandinganPeperangan yang melibatkan penggunaan tentera konvensional dan banyak menggunakan senjata pemusnah biokimia, nuklear, senjata satelit dan peperangan digital. Peperangan ini dikatakan meletus secara luar biasa iaitu tidak seperti perang konvensional. Peperangan konvensional lazimnya merujuk kepada peperangan yang melibatkan penggunaan ketenteraan seperti serangan artileri, serangan udara dan laut.
atomic weaponsenjata atomFizikTiadaSenjata yang menggunakan tenaga atom.
atomic weaponsenjata atomKimiaTiadaSenjata yang menggunakan tenaga atom.
disarmamentgencatan senjataSejarahTiadaPerletakan senjata atau pengurangan kegiatan ketenteraan oleh pihak berkuasa sebagai langkah awal ke arah perdamaian.
12345678910...

Kembali ke atas