Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chemical weaponsenjata kimiaPerhutananTiadaTiada
pathogen chemical weaponsenjata kimia patogenPerhutananTiadaTiada
unnecessary sufferingpenderitaan tak perluUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKesan peperangan yang mengakibatkan penderitaan yang keterlaluan dan tidak sewajarnya berlaku sehingga melampaui batas kemanusiaan. Dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, cara berperang yang telah digariskan adalah berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip perang yang perlu diikuti ialah larangan penggunaan senjata dan kaedah peperangan yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau atau penderitaan tak perlu terhadap penempur musuh. Contohnya, penderitaan yang dialami oleh mangsa perang akibat penggunaan senjata kimia adalah lebih teruk berbanding penggunaan senjata biasa.
atomic weaponsenjata atomKimiaTiadaSenjata yang menggunakan tenaga atom.
chemical warfarepeperangan kimiaFizikNanoteknologiKeadaan berlawan yang menggunakan bahan kimia atau bahan beracun sebagai senjata. Contohnya, gas mustard dan gas sarin, iaitu bom asap kimia yang digunakan untuk melumpuhkan sistem saraf.
atomic cloudawan atomKimiaTiadaAwan udara panas, asap atau debu yang terhasil selepas letupan senjata nuklear.
denaturationpenyahaslianKimiaTiada1. Penambahan sedikit bahan cemar atau bahan beracun ke dalam etanol untuk menjadikannya tidak selamat diminum. 2. perubahan struktur protein akibat pendedahan kepada suhu tinggi, keadaan yang terlalu berasid atau beralkali, atau sinaran pengionan. 3. Penambahan isotop kepada bahan mudah belah untuk menjadikannya tidak sesuai digunakan dalam senjata nuklear.
plutoniumplutoniumKimiaTiadaUnsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol Pu, nombor atom 94, berat atom 239.11, takat lebur 641°C, takat didih 3232°C, berbentuk pepejal putih, sangat beracun, bersifat karsinogen, dan terdapat 15 isotop radioaktif dan enam alotrop. Isotop radioaktifnya yang paling stabil, Pu-239, mempunyai setengah hayat 24 400 tahun. Plutonium diperoleh daripada pembedilan isotop U-238 dengan neutron. Unsur ini digunakan untuk membuat senjata nuklear dan untuk penjanaan kuasa elektrik.
uraniumuraniumKimiaTiadaUnsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol U, nombor atom 92, berat atom 238.029, nombor pengoksidaan +3, +4, +5 dan +6, takat lebur 1132°C, takat didih 3818°C, berbentuk pepejal berat, berwarna putih, mulur, tertempakan, sangat elektropositif, pengalir elektrik yang lemah, dan terdapat tiga isotop radioaktif, iaitu U-234, U-235 dan U-238; U-235 mempunyai setengah hayat 7.1 x 108 tahun dan isotop U-238 mempunyai setengah hayat 4.5 x 109 tahun. Uranium diekstrak daripada bijih pitch-blend, uraninit, dan karbotit. Unsur ini digunakan sebagai sumber isotop U-235, sumber plutonium, senjata nuklear dan dalam penjanaan kuasa elektrik.
ecocidepemusnahan alam sekitarAlam SekitarTiadaKerosakan atau pemusnahan alam sekitar sama ada oleh manusia atau mana-mana agensi oleh sebarang tindakan seperti penggunaan senjata nuklear, sumber-sumber eksploitasi yang berlebihan, atau penggunaan bahan kimia berbahaya.
12

Kembali ke atas