Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bellum justumbellum justumUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTeori perang adil yang menyatakan bahawa pihak yang berperang hendaklah mempunyai alasan yang wajar untuk berperang. Teori ini membezakan keadaan penggunaan senjata yang dibenarkan dan keadaan penggunaan senjata yang tidak dibenarkan. Teori ini dikaji oleh ahli-ahli teologi moral, ahli etika dan pembuat dasar antarabangsa yang menyatakan bahawa sesuatu konflik keganasan sepatutnya perlu memenuhi kriteria-kriteria falsafah, agama dan politik. Konsep bellum justum berasal daripada tradisi Romawi kuno yang diterima menjadi undang-undang perang oleh golongan Kristian pada abad ke-4, seperti Agustinus dan pada abad ke-17 oleh Hugo Grotius. Teori ini tidak lagi diamalkan pada masa kini. Pada abad ke-20, konsep keselamatan bersama diperkenalkan oleh Waad Liga Bangsa-Bangsa dan kemudiannya diperteguhkan dalam Piagam PBB yang melarang penggunaan kekerasan melainkan hanya untuk mempertahankan diri dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan PBB. Sinonim peperangan adil.
fairy talecerita pari-pariKesusasteraanTiadaCerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs, Jack the Giant Killer dan Tom Thumb. Pada tahun 1697, Cherles Perrault telah menerbitkan cerita The Sleeping Beuaty, Red Riding Hood dan Cinderella. Dalam konteks yang lebih moden, wujud cerita pari-pari seperti Peter Pan (1904) oleh J.M. Barrie, dan cerita Just So Stories (1902) oleh rudyard Kipling. Tradisi kesusasteraan Arab juga memiliki cerita pari-pari yang terkenal, seperti yang terhimpun dalam Kisah 1001 Malam. Antara Kisah Pelayaran sindbad yang penuh keajaiban dan keluarbiasaan. Sebahagian daripada cerita pari-pari Arab tersebar luas dalam kesusasteraan Melayu seperti yang dapat dilihat dalam kisah Aladin dan Lampu Ajaib. Sastera rakyat Melayu kaya dengan cerita pari-pari, khususnya dalam Hikayat Lipur Lara. Dalam karya seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewan dan Hikayat Inderaputera, terdapat banyak unsur alam kayangan, kesaktian, dan keajaiban yang sangat luar biasa. Contohnya, kewujudan kerajaan di kayangan, puteri dan putera yang boleh terbang, binatang hebat dan senjata sakti.

Kembali ke atas