Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.no.noh] | سنونوه

Definisi : ; tidak ~ = kurang ~ tidak patut atau tidak sopan (perkataan, perbuatan, dll), tidak menentu (pakaian), tidak manis dipandang: ia tidak suka aku bercampur dgn orang yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.no.noh] | سنونوه

Definisi : elok (bkn tutur kata, perbuat­an dll); manis dipandang atau dide­ngar: Perangai kawan kamu itu ~ atau tidak? tidak (kurang) ~ tidak elok (bkn tutur kata, perbuatan dll); tidak manis dipandang atau didengar: Aku tidak suka engkau berkawan dgn budak-budak yg tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senonoh (adjektif)
Bersinonim dengan elok, baik, semenggah, sopan, sesuai, bersahaja, tidak keterlaluan, berpatutan, sederhana.,

Peribahasa

Tegak seroman-roman,
     duduk serupa-rupa.

Bermaksud :

Kelihatannya seperti orang pandai, tetapi tidak senonoh kelakuannya. roman = rupa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Takrif menyenonohkan.Perkataan "menyenonohkan" tiada dalam data rujukan kami. Namun tuan boleh menggunakan perkataan senonoh sahaja berdasarkan dalam kamus Dewan iaitu tidak senonoh = kurang senonoh tidak patut atau tidak sopan (perkataan, perbuatan, dll), tidak menentu (pakaian), tidak manis dipandang: ia tidak suka aku bercampur dgn orang yg tidak senonoh.Makna22.03.2018
boleh terangkan pada saya...apa yang dimaksudkan dengan "salahlaku" dan ' salahlaku berpakaina"? kalu boleh penerangannya sedikit....1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, terbitan tahun 2005, muka surat 1372, salah laku bermaksud tingkah laku tidak senonoh atau kurang sopan; 2. Salah laku berpakaian bermaksud berpakaian tidak senonoh atau tidak mengikut etika berpakaian yang ditetapkan.Makna07.09.2006
Untuk menggambarkan pemakaian yang seksi atau tidak senonoh, sepatunya menggunakan "mencolok mata" atau "menjolok mata"?Perkataan yang sesuai ialah "mencolok mata"Tatabahasa26.02.2017
antara mencolok mata dan menjolok mata, mana yang betul penggunaannya? ini untuk menggambarkan keadaan berpakaian yang tidak senonoh.Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Tatabahasa09.05.2012
MOHON SEMAKAN MAKSUD / TERJEMAHAN: MAKSUD 1- PENCEROBOHAN 2- BIOLOGI EJAAN DALAM BAHASA MELAYU : 1- SPESIES TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA MELAYU 1- INVASIVE SPECIES 2- ASESSMENT 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "pencerobohan" bermaksud  perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh, pencabulan. "Menceroboh" bermaksud 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya).  2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenar­an (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya):


2. Perkataan "biologi" adalah betul dan digunakan dalam bahasa Melayu.

3. Invasive Species - Spesies Invasif
4. Asessment - Penilaian/Taksiran
Istilah19.04.2016
Salam sejahtera, adakah terjemahan di bawah betul? Harap boleh membalas secepat mungkin. 1. Leave of absence = cuti berpanjangan 2. If the plan is NON-CONTRIBUTORY = tidak menyumbang atau tidak bersumbang? 3. Take-over certificate = Sijil Diambil Alih 4. Disorderly conduct = Kelakuan tidak terkawal 5. The money is used to help all Covered Employee in times of MISFORTUNE = kesusahan 6. SICKNESS & illness = Kesakitan & penyakit Sekian, terima kasihSoalan berkenaan terjemahkan ini, tuan/puan boleh kemukakan kepada Persatuan Penterjemahan Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan:
1. cuti
2. tanpa caruman
3. Pengambilalihan sijil
4. perbuatan tidak senonoh
5. kemalangan, kecelakaan
6. sakit dan penyakit
Penyemakan dan penterjemahan03.07.2014

Kembali ke atas