Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, adakah perkataan permai yang digunakan dalam ayat di bawah betul? jika salah, apakah perkataan yang lebih sesuai? 1. Persahabatan dua orang budak itu sentiasa permai sejak kecil lagi. sekian, terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, “permai” bermakna indah, cantik dan elok. Mengikut kamus Pelajar “permai” mendatangkan rasa puas dan nyaman apabila dipandang; cantik; elok; indah. Contoh ayat: pandangan yang indah permai. Dalam konteks persahabatan hubungan boleh menggunakan perkataan “baik”, “erat”, “harmoni” dan “mesra”.

Makna12.02.2014
Adakah perkataan "negara" sentiasa dieja dengan huruf besar jika merujuk kepada Negara Malaysia? Misalnya dalam ayat berikut: Di Negara ini terdapat banyak pendatang asing.Merujuk Kamus Dewan ejaan negara dieja dengan huruf kecil. Contoh penggunaan yang betul ialah negara Malaysia. Berdasarkan contoh ayat yang dikemukakan, cadangan penggunaan yang betul ialah: Di negara ini terdapat banyak pendatang asing
Tatabahasa15.06.2020
Designed with deeper center line and tiny holes at both sides, which allow excess water to flow out in order to keep countertops dry. (Terjemah ke BM) Permukaan di tengah-tengah yang lebih dalam dan lubang kecil di hujung rak membolehkan lebihan air mengalir keluar supaya rak sentiasa kering.Apabila membaca terjemahan ini seolah-olah ada beberapa perkataan yang tertinggal atau sebenarnya memang sengaja tidak diterjemahkan secara langsung kerana ayat ini merupakan sebahagian daripada keterangan induk. Dicadangkan terjemahan yang lebih jelas - Reka bentuk permukaan di tengah-tengah yang lebih dalam dan lubang kecil di kedua-dua bahagian hujung rak membolehkan lebihan air mengalir keluar bagi memastikan rak sentiasa kering.Penyemakan dan penterjemahan18.04.2014
maksud perlindunganMakna perlindungan ialah tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif;Makna08.11.2009
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000NOTA:
Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna.
Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI.
4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI.
ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
NO. TEL.: 03-87782000
Tatabahasa22.11.2013
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal
1.progresif =  sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan:

2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman.

3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat:

4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana.

5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara.

6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.

7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu. Sila rujuk lama web 
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi.
8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro

9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami.


Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan.
Makna01.07.2013
apakah beza diantara perkataan pelindungan dengan perlindungan? Frasa yang betul adalah 'pelindungan pengguna' atau 'perlindungan pengguna'?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perlindungan ialah  1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll) : pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; manakala istilah pelindungan pula merujuk istilah lama, iaitu bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~. Oleh itu, berdasarkan takrifan di atas, frasa yang betul ialah perlindungan pengguna. Istilah29.06.2009
Adakah lailatulqadar juga bleh dieja dengan malam al-Qadar ? mengapa tidak dieja dengan huruf besar dihadapan ?Benar, malam lailatulqadar juga dikenali sebagai malam al-Qadar (sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan DBP tahun 2020 halaman 1396).

Perkataan Arab "al" diterima sebagai penunjuk bagi kata nama khas, diletakkan tanda sempang selepasnya dan diikuti dengan huruf besar kata nama khas yang diperkatakan, misalnya al-Baqarah, al-Wali dan al-Quran. Kata "al" hanyalah kata umum yang boleh digabungkan dengan banyak kata nama lain yang fungsinya sama seperti "the" dalam bahasa Inggeris.

Kata "al" boleh berada di tengah-tengah ayat dengan ejaan huruf kecil seperti malam al-Qadar, manakala pada awal ayat dieja dengan huruf besar seperti Al-Quran sentiasa dibaca oleh Aminah.
Ejaan01.04.2024
Assalamualaikum . 1-Saya ingin bertanya tentang pihak manakah yang ada kuasa untuk memastikan bahasa kebangsaan betul- betul tertegak secara yang boleh dibanggakan dalam negara ini. 2-sekiranya rakyat ingin membuat cadangan agar bahasa kebangsaan ini kembali berada pada tempatnya yg wajar, kepada pihak manakah rakyat harus memberi cadangan. sekian dahulu terima kasih.

1.  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; memperkembangkan bakat sastera; mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan; membakukan ejaan dan sebutan; menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Namun DBP belum diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Untuk itu, DBP menggunakan kuasa yang sedia ada pada pihak berkuasa tempatan melalui undang-undang kecil iklan, peraturan dan garis panduan yang disediakan. DBP mengadakan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL bagi memastikan paparan di tempat awam menggunakan bahasa yang baik dan betul. DBP sentiasa berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan dan bergerak dalam ruang lingkup kuasa yang ada.  DBP menyediakan Sistem Khidmat Nasihat DBP dan Pantau Tegur Bahasa sebagai saluran untuk pengguna bahasa menanyakan hal-hal berkaitan bahasa, sastera, penerbitan dan memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa Melayu kepada DBP secara dalam talian.

2.  Untuk sebarang aduan/cadangan berkaitan bahasa kebangsaan, bolehlah dikemukakan kepada Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Lain-lain31.01.2021
Cadangan: Di negara-negara Asia timur seperti Jepun,Korea,malahan di rantau Asia seperti China,Thailand,Loas,Vietnam,Filipina dsbnya meletakkan bahasa kebangsaan masing-masing di atas bahasa Inggeris,.Hal ini dapat dilihat pada singboard2 sama ada merujuk lokasi-lokasi mahupun iklan-iklan.Saya sebagai pencinta bahasa Melayu menyimpan hasrat dan cita-cita agar Malaysia mengorak langkah yang sama.hasrat kerajaaan memartabatkan bahasa Melayu boleh diambil melalui langkah tersebut.Oleh hal yang demikian, DBP diharap dapat memainkan peranan agar menjadi institusi yang lebih dinamik untuk merealisasikan cita-cita tersebut,sekian-matpapaya n gengDewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; memperkembangkan bakat sastera; mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan; membakukan ejaan dan sebutan; menggalakkkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Namun DBP belum diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Untuk itu DBP menggunakan kuasa yang sedia ada pada pihak berkuasa tempatan melalui undang-undang kecil iklan, peraturan dan garis panduan yang disediakan. DBP mengadakan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL bagi memastikan paparan di tempat awam menggunakan bahasa yang baik dan betul. DBP sentiasa berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan dan bergerak dalam ruang lingkup kuasa yang ada. Martabat bahasa kebangsaan lebih terserlah apabila digunakan dalam urusan kenegaraan untuk maksud rasmi dalam kalangan jabatan sektor awam, antara sektor awam dengan sektor swasta, dan antara sektor awam dengan orang awam. Lain-lain04.06.2011
12

Kembali ke atas