Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
popong Bdsejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna hitam. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu cuek (tikus) – dongeng.Burung Popong juga mendengar berita kemalangan itu lalu cepat-cepat pergi ke tempat itu.Cerita-cerita Rakyat BidayuhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
empitu Ibsejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna kelabu. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu chuik (tikus) – dongeng.Kumang menukar bentuk badannya sehingga menjadi sebesar telur burung empitu dan terus berguling masuk ke dalam lubang itu.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
engkerumong, *engkerumung* Ibsejenis alat muzik yang dimainkan semasa tarian ngajat. Bahagian hadapan yang dipukul seperti gong tetapi bentuknya lebih kecil, biasanya sebanyak tujuh biji dimainkan dalam satu masa.Sejak dari itu orang di rumah panjang itu sering kali meminta padi dari Anyong dan Anyang dengan menukarnya dengan gong, tempayan lama, engkerumong dan harta pusaka yang lain, kerana mereka sentiasa tidak cukup padi untuk dimakan dalam satu-satu tahun.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas