Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pilot lightapi panduKejuruteraanTiadaPenunu gas kecil yang sentiasa menyala yang digunakan untuk menyalakan penunu utama apabila diperlukan.
pilot lightapi panduPentadbiran PerniagaanTiadaPenunu gas kecil yang sentiasa menyala yang digunakan untuk menyalakan penunu utama apabila diperlukan.
political socializationpemasyarakatan politikSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai dan budaya politik sesuatu masyarakat ke dalam diri individu secara sedar atau tidak yang berjalan berterusan sejak seseorang itu kecil. Proses ini menjadikan individu itu belajar dan mengetahui amalan dan budaya politik masyarakatnya dan seterusnya mengamalkannya seperti anggota lain. Anak-anak kecil sentiasa memerhati perlakuan orang tuanya dan kemudian meniru perlakuan tersebut. Apabila membesar mereka akan bercampur dengan rakan sebaya dan melihat anggota masyarakat lain serta menyerap lebih banyak elemen budaya politik lalu mengamalkannya. Ibu-bapa, sekolah, rakan sebaya, media, kerajaan dan parti politik merupakan agen sosialisasi politik yang sangat berkesan.
active arclengkok giatMekanikGunaanBahagian lengkok sentuh tali sawat berlakunya penyusutan bagi nilai tegangan ecara beransur-ansur, iaitu daripada nilai tegangan ketat kepada nilai tegangan kendur. Lengkok giat sentiasa lebih kecil daripada lengkok sentuh. Lihat juga lengkok sentuh lengkok melahu.
fixed ground waterair tanah tetapGeologiTiadaAir tanah di dalam bahan yang mempunyai ruang antara yang kecil sehingga airnya sentiasa tertahan di dinding ruang antara dan biasanya tidak dapat digunakan sebagai sumber air untuk pengepaman.
ideal machinemesin unggulMekanikGunaanMesin yang mempunyai kecekapan 100%, iaitu kerja keluarannya sama dengan kerja masukkannya. Mesin unggul merupakan suatu khayalan yang digunakan untuk tujuan perbandingan kerana mesin ini tidak dapat wujud dalam keadaan sebenar (dalam keadaan sebenar, geseran sentiasa wujud untuk melakukan kerja negatif dan mengurangkan kecekapan mesin; maka kerja keluaran sentiasa lebih kecil daripada kerja masukkan).
fractusfraktusSainsHidrometeorologiSpesies awan yang unsurnya tidak teratus, tetapi umumnya berukuran kecil, tampak bergirigi, dan terurai seperti bersobek-sobek. Semua ciri tersebut sentiasa berubah, sering kali secara cepat. Fraktus stratus hanya terjadi pada genus kumulus dan stratus.
fractusfrakturMeteorologiMeteorologi PerhubunganSpesies awan yang unsurnya tidak teratur, tetapi umumnya berukuran kecil, tampak bergerigi, dan terurai bersobek-sobek. Semua ciri tersebut sentiasa berubah, sering kali secara cepat. Fraktus stratus dapat dibezakan daripada fraktus kumulus oleh ukuran tegaknya yang lebih pendek, warnanya yang lebih gelap dan oleh penyebaran zarahnya yang lebih luas. Fraktus kumulus serupa dengan awan kumulus yang bergerigi. Spesies fraktus hanya terdapat pada genus kumulus dan stratus. Lihat pengelasan awan.
scalperpedagang saham singkatEkonomiTiadaPedagang yang memasuki pasaran saham dan berusaha mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. Mereka boleh melakukan dagangan seperti ini beberapa kali dalam sehari dan sentiasa memantau tahap harga setiap dagangan saham.
scalperpedagang saham singkatEkonomiTiadaPedagang yang memasuki pasaran saham dan berusaha mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. Mereka boleh melakukan dagangan seperti ini beberapa kali dalam sehari dan sentiasa memantau tahap harga setiap dagangan saham.
12

Kembali ke atas