Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.tuh] | سنتوه

Definisi : ; bersentuh 1. kena sedikit pd, ber-hantuk sedikit dgn, mengenai (antara dua benda), bersenggol: penyakit ini berjangkit kerana ~ dgn badan orang yg berpenyakit; 2. bh bersetubuh; bersentuhan 1. berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit: kerana disesak orang, ~lah aku dgn gadis itu; 2. ki bersangkut-paut (dgn), berkaitan (dgn); menyentuh 1. mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah: dia berasa pipinya di-sentuh orang; 2. melanggar sedikit, terkena pd, terhantuk pd: lengannya luka kerana ~ dawai berduri; 3. memperkatakan secara sepintas lalu sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal): kali ini saya ~ ke-dudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar; 4. menyinggung (perasaan), meng-ganggu (perasaan), menimbulkan sedikit (pe-rasaan terharu, sedih, dsb); menyentuhi mengenai, mencecah: langit menjadi gelap-gelita seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi; tersentuh 1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah; 2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pd: kakiku ~ batu; 3. diperkata-kan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dlm sesuatu ucapan dll): sudah tentu ada ibu bapa yg menghadapi soal-soal yg tidak ~ lang-sung dlm buku ini; 4. ki tersinggung (perasa-an), terganggu (perasaan), terharu: dia lekas ~; sentuhan senggolan, singgungan: ~ tangan yg takut-takut; kesentuhan 1. kena sentuh, disentuh; 2. dirasuki (dimasuki) orang halus; persentuhan perihal bersentuh (bersenggol, bergesel); penyentuhan perbuatan menyentuh; penyentuh sesuatu yg digunakan utk me-nyentuh (sesungut pd serangga dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.tuh] | سنتوه

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kepayang, akar lokan, Trichosanthes tricuspidata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.tuh] | سنتوه

Definisi : ; bersentuh bersinggung sedikit dgn sesuatu yg lain; kena sedikit: Luka itu hendaklah dibalut supaya tidak ~ dgn benda-benda kotor. bersentuhan saling mengenai antara satu dgn yg lain; bersinggungan sedikit: Kerana orang terlalu banyak, kami ~ antara satu dgn yg lain. menyentuh 1 menyinggung atau mengenai sedikit; melanggar sedikit; menjamah: Dia tidak berani ~ barang-barang kaca di kedai itu. 2 menyinggung (perasaan orang) dgn mengatakan sesuatu; menyebut sesuatu perkara: Ketika bercakap, jangan sekali-kali kita ~ perasaan orang. sentuhan hasil drpd menyentuh: Apabila terkena ~ tangan ibunya, anak itu pun berhenti menangis. persentuhan hal bersentuh atau bersentuhan: Melalui ~ kulit pun, penyakit itu dpt merebak. penyentuhan hal atau perbuatan menyentuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentuh
Kata Terbitan : bersentuh, bersentuhan, menyentuh, tersentuh, sentuhan, kesentuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contact springmata air sentuh ;spring sentuhGeologiTiadaMata air sentuh: Mata air yang airnya mengalir ke permukaan dari bahan telap di atas singkapan bahan yang kurang telap atau kedap yang memperlambatkan atau menghalangi penelusan air tanah ke bawah dan dengan yang demikian memesongkan aliran ini ke permukaan tanah.
contact springmata air sentuh ;spring sentuhKejuruteraanTiadaMata air sentuh: Mata air yang airnya mengalir ke permukaan dari bahan telap di atas singkapan bahan yang kurang telap atau kedap yang memperlambatkan atau menghalangi penelusan air tanah ke bawah dan dengan yang demikian memesongkan aliran ini ke permukaan tanah.
arc of contactlengkok sentuhMekanikGunaan1. (bagi gear) Lengkok bagi bulatan pic, di antara kedudukan gigi gear pada titik sentuh pertamanya dengan titik sentuh akhir. Lengkok sentuh terbahagi kepada lengkok pendekatan dan lengkok penjauhan. Lihat juga lengkok pendekatan, lengkok penjauhan. 2. (bagi tali sawat) Bahagian tali sawat yang bersentuhan dengan kapi sokong. Lihat juga lengkok giat, lengkok melahu.
contact springmata air sentuh ;spring sentuhKomunikasi MassaTiadaTiada
contact springmata air sentuh ;spring sentuhGeografiTiadaTiada
contact springmata air sentuh ;spring sentuhKejuruteraanTiadaTiada
line of contactgaris sentuhMekanikGunaan(bagi roda gear) Garis normal sepunya terhadap permukaan dua gigi gear di titik sentuh. Garis normal ini dinamai garis sentuh kerana semua titik sentuh bagi dua gear yang bersaling tindak berada pada garis ini. Daya di antara dua gigi yang bersentuhan bertindak di sepanjang garis ini juga. Oleh sebab itu, garis ini juga dinamai ‘garis tekanan’.
path of contactlaluan sentuhMekanikGunaan(bagi gigi gear) Londar bagi titik sentuh dua gear yang bersaling tindak. Laluan ini berada pada garis normal sepunya di titik sentuh, dan diukur dari bilik sentuh pertama (titik silangan bagi normal sepunya dan bulatan adendum pengikut) dan titik sentuh akhir (titik silangan bagi garis normal sepunya dan bulatan adendum pemacu). Laluan sentuh terbahagi kepada laluan pendekatan dan laluan penjauhan. Lihat juga laluan pendekatan, laluan penjauhan.
matekahwinMekanikGunaan(bagi gigi gear) Bersentuhan pada satu titiks entuh sambil gear pemacu menolak gear pengikut di sepanjang garis tekanan. Perkahwinan berkalu di sepanjang laluan sentuh. Lihat juga garis sentuh, laluan sentuh.
sentuh empatsentuh empat (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas