individual | individu; perseorangan | Kesusasteraan | Tiada | Manusia seorang diri atau orang perseorangan. |
solitary play | permainan solitari | Pendidikan | Tiada | Situasi kanak-kanak bermain seorang diri. |
free soloing climbing | pendakian solo mandiri | Sukan | Tiada | Kaedah pendakian seorang diri tanpa menggunakan sebarang peralatan untuk mendaki dan bergantung sepenuhnya pada kekuatan dan kemahiran pendaki. |
social isolation | pemencilan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya. |
ego | ego | Kesusasteraan | Tiada | Diri seorang yang berfikir, merasa, berkemahuan, dan membezakan diri daripada orang lain. |
ambivalence | ambivalen | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran perasaan bertentangan dalam diri seorang terhadap individu lain atau sesuatu perkara. |
disguise | samar | Kesusasteraan | Tiada | Unsur penyamaran motif-motif tertentu dalam komedi romantik misalnya seorang wirawati menyamar diri sebagai seorang lelaki, atau si pemuda menyamar dengan pelbagai cara untuk membolehkan dia menemui kekasihnya. |
reaction formation | pembentukan reaksi | Psikologi | Psikologi Umum | Sejenis mekanisme bela diri dengan melakukan tindakan yang berlawanan dengan perasaan yang wujud dalam diri. Contohnya, seorang ibu yang tidak menyukai anak tirinya akan membina tingkah laku seperti amat menyayangi dan melindungi anaknya. Tingkah laku yang terbentuk itu dikatakan akan menyekat impuls atau perasaan benci yang mungkin tidak disukai oleh masyarakat. |
self-esteem | penghargaan kendiri | Psikologi | Psikologi Umum | Anggapan individu terhadap dirinya sama ada seorang yang berguna atau sebaliknya. Individu memerlukan harga diri yang tinggi untuk mencapai kesejahteraan emosi. Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah biasanya akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawannya dan selalunya tidak mencapai prestasi akademik yang tinggi. Pembentukan harga diri yang rendah dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa yang keras sehingga kanak-kanak merasakan diri mereka tidak bahagia kerana sentiasa diberi dendaan. Sebaliknya, kanak-kanak yang menerima kasih sayang dan sokongan emosi yang tinggi akan mempunyai harga diri yang tinggi. |
catharsis | katarsis | Psikologi | Psikologi Umum | Tindakan menyalurkan perasaan marah dan tegang terhadap perkara lain yang tidak mendatangkan bahaya supaya tidak dipendamkan sehingga memudaratkan diri. Contohnya, seorang bapa yang memarahi anaknya yang ponteng sekolah akan melepaskan kemarahan tersebut kepada rakan sekerjanya. |