Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.dan] | سڤادن

Definisi : 1. sj tumbuhan (palma), pinang boreng, pinang buring, pinang bohong, pinang burung, pinang hutan, pinang kelasak, pinang pacat, pinang (palas) tikus, Iguanura geo-nomiformis; 2. = pinang ~ sj tumbuhan (palma), Iguanura wallichiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.dan] | سڤادن

Definisi : kena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.dan] | سڤادن

Definisi : sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,

Peribahasa

Sebagai asam dengan garam.

Bermaksud :

Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai garam dengan asam).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya mengenai perkataan yang sepadan dengan perbuatan minum. Kalau makan, KENYANG. Kalau minum, adakah sepadan dengan "KENYANG"? Atau ada perkataan lain yang sepadan/ sesuai? Terima kasih.Perkataan yang sepadan dengan perbuatan minum seumpama KENYANG untuk perbuatan makan, ialah HILANG DAHAGALain-lain09.03.2017
Apakah perbezaan dari segi penggunaan bagi sepadan dan berpadanan
Menurut Kamus Pelajar, sepadan bermaksud sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang sepadan dengan kesalahannya.

Manakala berpadanan pula bermaksud tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yang diterimanya tidak berpadanan dengan tenaganya.


Daripada makna tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama dan boleh digunakan mengikut konteks ayat.
Makna09.01.2017
Warna baju itu (sepadan, berpadanan) dengan kulitnya. Terima kasih atas jawapan tuan "berpadanan" yang diberikan pada 9/7/13. Namun demikian, Cikgu Bahasa Melayu anak saya memberikan jawapan "sepadan". Ini amat mengelirukan anak saya. Bolehkan tuan terangkan perbezaan penggunaan "sepadan" dan "berpadanan"?Kedua-dua perkataan tersebut memberi makna yang hampir sama. Untuk peperiksaan dan sekolah, tuan hendaklah mengikut guru di sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, berpadanan ialah padan atau kena antara satu sama lain: khusus untuk mereka yang gemar mengenakan barang perhiasan yang ~, dihasilkan barang-barang kemas yang lengkap dengan jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yang tengah naik;

Manakala sepadan pula ialah kena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dengan Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yang menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya;
Tatabahasa17.07.2013
Baju yang berwarna kuning itu sangat ( padanan , berpadanan , memadan , sepadan ) dengan kulit Maizurah yang putih melepak itu.Jawapan yang tepat ialah sepadan.Tatabahasa20.07.2013
Salam sejahtera, Saya ingin mengetahui istilah BM yg sepadan dgn istilah bahasa inggeris " bioprospecting ". Sekian, terima kasih. CKDalam data PRPM tiada terjemahan yang sepadan dengan bioprospecting. Data kami hanya "prospecting" yang membawa maksud cari gali.

Ejaan17.01.2013
Apakah istilah yang sepadan dengan "buzz marketing"? Menurut kamus Inggeris-Melayu, "buzz" maksudnya desas-desus atau baz. Adakah "buzz marketing" boleh diterjemah sebagai "pemasaran baz" atau "pemasaran gegar"? Untuk makluman, "buzz marketing" merujuk kepada strategi pemasaran yang mengandalkan kepada pengaruh positif dan penyebaran berita secara alami oleh masyarakat untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah buzz marketing ialah pemasaran heboh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.05.2023
Apakah terjemahan yang sepadan untuk "Sit-In"? Sit-in di sini bukan merujuk kepada mogok duduk, tapi hadir ke kuliah tanpa melibatkan diri dengan aktif. (Sit In - Attend a meeting or discussion without taking an active part in it.)Padanan bahasa Melayu untuk perkataan sit-in dalam bahasa Inggeris mengikut konsep yang tuan maksudkan, pihak kami cadangkan: hadir tanpa penglibatan diriMakna30.09.2022
Salam , apa perkataan sepadan yang sesuai dengan perkataan " nano processed " ? adakah sesuai dengan perkataan pemprosesan nano ?Mohon nyatakan konsep dan konteks penggunaan perkataan tersebut kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut bidang atau laras bahasa.Lain-lain20.09.2022
Warna baju itu (sepadan , berpadanan) dengan kulitnya.Perkataan yang betul ialah berpadanan yang  bermaksud bersesuaian. Warna baju itu berpadanan dengan warna kulitnya.Tatabahasa09.07.2013
Ungkapan bahasa melayu yang sepadan dengan 'lower your guard/ let your guard down'.Untuk makluman tuan, tiada ungkapan khusus yang boleh digunakan dalam ungkapan tersebut. Berdasarkan carian kami, ungkapan tersebut bermaksud berhenti berhati-hati/waspada dalam sesuatu hal.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2018
12345

Kembali ke atas