Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pak] | سڨق

Definisi : (sépak) pukulan dgn kaki, depak, ten-dangan; ~ raga jaring = ~ takraw sj permainan dgn bola raga yg memakai jaring di tengah gelanggang; ~ sila tendangan dgn bahagian kaki di sebelah dalam; ~ singkar tendangan dgn bahagian kaki sebelar luar; ~ terajang a) tendangan dan pukulan dgn kaki (kerana marah, dlm perkelahian, dll); b) tingkah laku, gerak-geri, sikap; bola ~ sj permainan bola di padang dgn cara menyepak; bersepak bermain sepak; ~ raga bermain sepak raga; menyepak memukul dgn kaki, menendang, mendepak: ia ~ punggung temannya; ~ bola; ~ raga; bunga disunting perdu disepak buang prb a) seseorang yg gemar akan hak orang tetapi benci akan tuannya; b) perihal anak menantu yg membenci mentuanya; menyepakkan memukulkan dgn kaki, me-nendangkan; sepakan hasil menyepak, tendangan; ~ sudut tendangan penjuru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pak] | سڨق

Definisi : bunyi spt bunyi tamparan dll: me-nampar dgn amat keras ~nya; menyepak menampar, menempeleng: ia ~ tengkuknya yg dihinggapi nyamuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pak] | سڨق

Definisi : IB, bp jari-jari pd roda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pak] | سڨق

Definisi : /sépak/; ~ raga permainan me­nendang bola yg dianyam drpd rotan ke atas supaya tidak jatuh ke tanah. ~ raga jaring, = ~ takraw permainan menendang bola raga melintasi jaring. ~ sila tendangan yg dibuat dgn bahagian kaki sebelah dalam. ~ terajang a. tendangan kerana terlalu marah dll. b. perbuatan atau tingkah laku seseorang. menyepak memukul dgn kaki; menendang; menerajang: Musa telah ~ bola itu terus ke dlm gol. menyepakkan memukulkan (kaki) ke belakang, ke sisi dsb: ~ kakinya. sepakan gerakan kaki utk menyepak; tendangan: ~nya yg mengelirukan itu berjaya menghasilkan gol utk pasukannya. ~ sudut sepakan yg dibuat dr sudut padang setelah bola disepak melepasi garisan yg selari dgn pintu gol pasukan lawan (dlm bola sepak). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.pak] | سڨق

Definisi : ; menyepak menampar dgn tapak tangan; menempeleng: Dia di­sepak kerana kurang ajar. penyepak pukulan dgn tapak tangan; penampar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepak
Kata Terbitan : menyepak,

Puisi
 

Buah sepak digantung tinggi,
     Jatuh dia ke dalam kapit;
Bapa saya sudah pun pergi,
     Pulang ke dagang tempat tak sabit.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. mengawal bola beberapa lama dengan kepakaran yang tersendiri (dalam perlawanan bola sepak), gelecek.Dia gelinte bola tu lepaeh tiga orang, tapi bola tendang tak masok.[di.jA g«.lin.tE b.lA tu lA.pAEh ti.gA .ÒAN tA.pi b.lA t«n.dAN tA/ mA.so/]Dia menggelecek bola itu melepasi tiga orang tetapi tendangannya tidak masuk gol.
merewang[m«.ÒE.wAN]kata adjektiftidak tepat menuju sasaran, terbabas, melilau.Dia tendang tak masok gol, pasai dia sepak merewang.[di.jA t«n.dAN tA/ mA.so/ gol pA.sAj di.jA sE.pA/ m«.ÒE.wAN]Tendangannya tidak masuk gol, kerana sepakannya melencong.
goli[g.li]kata namapenjaga gol.Bila ajak dia maen bola, saheh dia nak jadi goli.[bi.lA A.dZA/ di.jA mAen b.lA sA.heh di.jA nA/ dZA.di g.li]Apabila diajak bermain bola sepak, tentu dia hendak menjadi penjaga gol.

Kembali ke atas