Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pat] | سڤت

Definisi : rasa kelat (buah-buahan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pat] | سڤت

Definisi : 1. = ~ karang = ~ laut sj ikan laut, Pempheris spp.; 2. = ~ siam sj ikan darat, Trichogaster pectoralis; ~ padi = ~ ronggeng sj ikan darat, Trichogaster trichopterus; bagai anak ~ ketohoran prb seseorang yg menunjukkan kemalasannya ketika di rumah orang; bodoh-bodoh ~, tak makan pancing emas prb a) orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa yg baik utk dirinya; b) orang bodoh yg mendapat kecelakaan kerana ber-pura-pura bersikap spt orang tahu; tersen-deng-sendeng spt ~ di bawah mengkuang prb orang kecil yg takut dan malu hendak menghampiri orang yg lebih besar dan mulia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pat] | سڤت

Definisi : ; kacang ~ sj tumbuhan (herba yg memanjat), kacang kara, kacang kedele, kacang keriji, kacang monyet, kekora, Dolichos lablab; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Maca-ranga triloba; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput minyak, Daemonorhops angustifolius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pat] | سڤت

Definisi : beberapa jenis ikan yg terdapat di laut dan juga di sungai atau di paya. ~ karang (laut) nama sj ikan laut, Pemphens spp.. ~ siam nama sj ikan darat, Trichogaster pectoralis. ~ padi (ronggeng) nama sj ikan darat yg terdapat di sawah dan biasanya kecil-kecil, Trichogaster trichopterus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.pat] | سڤت

Definisi : ; menyepat menyiat atau me­ngoyakkan kulit kayu dr batang­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepat

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Bagai anak sepat ketohoran.

Bermaksud :

Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata 'dan'. Ayat mana satu betul. 1)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal, dan sepat. 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Ayat yang betul - 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Tatabahasa07.08.2008
Adakah ayat songsang di bawah ini betul? Akan sampai di Tanjung Sepat bilakah Zaki? terima kasih.Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Oleh hal yang demikian, benar ayat yang dinyatakan ialah ayat songsang.Tatabahasa17.03.2014

Kembali ke atas