Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayak­nya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg patut; semestinya; selayaknya: ~ engkaulah yg memegang jawatan itu. 2 tentu saja; sebenarnya; sudah seharusnya: ~lah ibunya meminta pertolongan drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patut (kata tugas)
1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,

2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya, perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,

3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,

Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan,

Peribahasa

Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi).

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada satu aduan untuk dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskan laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Apabila saya cuba melakukan carian kata bagi kata dwi- (awalan asing), saya mendapati hasil carian berbeza dengan sepatutnya. Sepatutnya, ejaan dwibahasa, dwipihak, dwimingguan, dwiguna dieja tanpa tanda sempang, namun hasil carian pada pautan yang disediakan menunjukkan sebaliknya, mohon pihak yang menyelia laman web PRPM membetulkan kesilapan ini. Rujuk: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dwi Terima kasih.Terima kasih atas makluman tuan. Dalam Kamus Pelajar kata terbitan dengan awalan dwi- dieja dengan betul. Berkemungkin berlaku kesilapan dalam proses pemindahan data daripada salinan keras ke laman maya.Ejaan28.07.2015
Sepatutnya sesuaikah perkataan cuba kita renung sejenak digunakan dalam karangan? Apakah maksud cuba kita renung sejenak?Frasa tersebut sesuai digunakan.Lain-lain27.12.2019
Bagaimanakah sepatutnya menggunakan ungkapan kata/ucapan aluan. Yang mana satukah daripada empat (4) contoh yang diberikan di bawah ini adalah betul? 1. Kata-kata aluan 2. Kata alu-aluan 3. Ucapan aluan 4. Ucapan alu-aluanUngkapan kata yang betul ialah 2. Kata alu-aluan dan 4. Ucapan alu-aluan.Tatabahasa06.12.2007
hubungkait:sepatutnya hubung kait ke (2 patah perkataan)rekabentuk : reka bentuk tanggungjawab: tanggung-jawab? betul keEjaan yang betul:1. hubung kait 2. reka bentuk 3. tanggungjawabEjaan22.11.2002
Nak tanya, sepatutnya kita guna "berpuluh kali" ke atau "berpuluh-puluh kali" untuk menggantikan huruf X pada ayat berikut: "Sudah X mak pesan simpanlah duit lebih sedikit dalam bank, takut nanti ada kecemasan boleh guna juga duit simpanan ini."Sudah berpuluh-puluh kali mak pesan simpanlah duit lebih sedikit dalam bank, takut nanti ada kecemasan boleh guna juga duit simpanan ini."Tatabahasa05.10.2022
Prime minister sepatutnya menteri perdana. Ikut hukum DM. Mengapa gunakan Perdana Menteri? Menteri pendidikan - education minister.Pembentukan istilah Perdana Menteri ialah kekecualian bagi Hukum D-M, iaitu penerang (Perdana) mendahului inti (Menteri).Istilah15.04.2022
Perkataan yang sepatutnya samada mewar-warkan atau menguar-uarkan. Contoh ayat "Satu sidang akhbar akan diadakan pada 1/2/2016 untuk menguarkan-uarkan perkara tersebut"Jawapan yang tepat ialah 1. menguar-uarkan.Istilah16.02.2016
Adakah (meminta) sepatutnya menggunakan kata sendi (daripada)? Contohnya: meminta sedekah daripada seseorang ,meminta kebenaran daripada ibu dsb Jadi, meminta maaf (daripada/ kepada)? Merujuk kepada lampiran fail ,kamus dbp ada menggunakan meminta maaf kepadanya.Frasa yang betul ialah "meminta sedekah/maaf daripada".Tatabahasa30.07.2014
Dr Awang sepatutnya dah lama terajui DBP. Dan nasihat saya, pisahkan kerjaya dengan politik baru semuanya romantik.Moga DBP terus maju di bawah pimpinan beliauLain-lain09.02.2012
perkataan mana sepatutnya, sama ada 'dipelbagai daerah' atau 'di pelabagai daerah'?Ejaan yang betul ialah "di pelbagai daerah"Ejaan25.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas